Tuesday, May 28, 2013

SALAH SATU TARIKAN KUALA KANGSAR....

....ialah harga makanan. Kalau rajin mencari gerai atau kedainya, kita akan mendapati harganya yang  menarik berbanding dengan gerai atau kedai lain. Contohnya seperti dalam gambar berikut:


Nasi lemak berharga RM 0.60 sebungkus dan kuih-muihnya RM 1.00 setiap tiga ketul. Ini bermakna dengan wang  RM 10.00 di tangan masih boleh membeli sarapan bagi tiga hingga empat orang.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pihak yang menjual dengan harga lebih tinggi daripada ini. Pembelinya mungkin orang tempatan yang terdesak atau orang dari tempat lain yang belum biasa dengan jualan di pekan ini. 

Saya tidak mahu komen tentang penjualan dengan harga yang lebih tinggi. Penjual tentu ada sebab tertentu berbuat demikian. Yang jelas, kalau tidak kena gayanya keuntungan diperoleh  hanya untuk jangka pendek dan sukar bertahan. Ini disebabkan selagi ada pilihan pembeli akan membuat pilihan sendiri.

No comments: