Monday, March 22, 2010

BILA OBJEK MERINTANGI JALAN PADA WAKTU PAGI .....

Semua kenderaan perlu berhenti. Sasaran masa kesemua isi kenderaan tidak tercapai. Pesakit dalam perjalanan mendapatkan rawatan akan bertarung nyawa melawan penyakitnya. Staf bawahan perlu menyediakan alasan kukuh untuk diberitahu kepada bosnya.

Anak-anak sekolah  sedang berkira-kira samada akan masuk ke sekolah atau tidak. Tiada siapa akan maafkan atas kelewatan itu. Guru-guru memikirkan sebab-sebab kukuh terlewat ke sekolah sebelum dilabel seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Pembantu rumah  memikirkan rayuan terbaik untuk dipersembahkan kepada tuannya apabila terlewat pulang dari pasar. Jika tidak, dia akan dibuang kerja. Tukang kebun juga perlu membuat alasan munasabah supaya gajinya tidak dipotong kerana lewat datang kerja.

Insan terbaik tidak memikirkan dirinya sendiri. Dia akan berusaha supaya objek itu dapat diketepikan. Jika gagal, dia akan menghubungi pihak-pihak berkaitan untuk menyelesaikan masalah itu tanpa memikirkan dia juga berisiko atas kelewatan akibat insiden itu.

Berapa keratkah yang akan bersikap gentleman sepertinya ? Statistik di dalam beberapa hal menunjukkan pengkritik telah mendominasi alam ini berbanding pelaksananya . Yang menariknya , pengkritik itu terlupa bahawa dia juga "terkritik" dirinya sendiri .

Apa-apapun , semoga kita bukanlah individu yang menjadi objek merintangi jalan itu ....

2 comments:

Qillly_Zhafa'i said...

Yes...sometimes..oppss not sometimes but all the time we must criticize ourselves first....

Org kita kata sedarkan diri dulu..

I really like this post of yours.

Citera Alam said...

Terima kasih kerana sudi menjenguk . Itulah reflection . Yang penting minda perlu terbuka . Kalau tertutup , susah nak ditemui "kemanusiaan " .