Friday, May 8, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Perhimpunan mingguan kali ini agak lama kerana diadakan pelancaran Bulan Antidadah Peringkat Sekolah di samping penyampaian hadiah di atas kemenangan pelajar dalam beberapa pertandingan .
Ini adalah pelajar tingkatan dua sedang bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku , lagu Perak , Bacaan Doa dan Lafaz Ikrar Rukun Negara .
Ucapan perasmian dan pelancaran Bulan Antidadah Peringkat Sekolah disempurnakan oleh En Azman , Pegawai Majlis Antidadah Daerah .
Pelajar-pelajar sedang mendengar ucapan perasmian Bulan Antidadah
Hadiah-hadiah ini untuk disampaikan kepada pelajar atas kemenangan mereka dalam pertandingan Lumba Perahu Sempena Keputeraan Sultan Perak , Pertandingan Petanque peringkat Daerah dan Sayembara Puisi Peringkat Daerah . Kesemuanya hadiah pertama .
Penyampaian hadiah
Saya terkejut bila pegawai antidadah tersebut membacakan statistik pelajar sekarang yang terlibat dengan rokok iaitu melebihi 90 % . Keterlibatan rokok adalah permulaan penagihan dadah . Memang sukar menghalang pelajar dari merokok sebab terjadinya kes bapak borek , anakpun rintik .........memang sukar jika berlaku seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul .........

1 comment:

fati said...

Imah, jom tolong buat entri kat blog smsj...minggu ni minggu M2 buat entri, minggu sudah M1. Jom lah kita meriahkan blog tu...Imah pandai tulis, tulis apa saja , tak kesahnya.