Sunday, May 3, 2009

BERCUTI KE PERLIS

Sempena cuti hujung minggu tiga hari , saya sekeluarga bersama keluarga kakak ipar telah bercuti ke Perlis pada 1 Mei - 3 Mei yang lalu . Anak sulung saya telah selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun dua universitinya di Perlis . Kami ke sana untuk membawanya pulang sebelum dia ke UUM bermain ragbi dalam sukan antara universiti .
Kami menempah tiga bilik di Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis untuk menginap selama dua malam .
Kami sempat ke Kompleks Bebas Cukai di sempadan Thailand dan kemudiannya singgah di Bazaar Padang Besar untuk menjamu mata serta membeli buah tangan Ada juga kami menyusuri pantai di perkampungan Sanglang untuk menyedut udara segar
Malamnya kami berihat di bilik hotel . Suami saya membawa laptop sambil menyiapkan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Matematik Tambahannya .
Ini adalah pemandangan malam depan hotel . Ada gerai jualan barangan tempatan pada waktu malam . Ramai pengunjung ke hotel ini kerana disediakan hiburan dari penyanyi tempatan Perlis
Akhirnya saya ke Kolej Kediaman Universiti di Wang Ulu untuk mengambil barangan anak saya serta membawanya pulang
Saya singgah di gerai di tepi jalan untuk membeli mempelam Perlis semasa perjalanan pulang
Saya rasa berpuas hati kerana dapat berkumpul sekeluarga dalam percutian ini . Walau tidak hebat dan menarik tempat yang dituju , sekurang-kurangnya kami dapat bersantai bersama pada hujung minggu itu walaupun ...letih .....

5 comments:

Cikgu Nort said...

akak borong sakan ke kat pdg besaq tuh?

Citera Alam said...

NORT,
Ekonomi meleset ni akak tak borong , cuma tengok orang ramai borong . Akak cuma menjamu mata sambil temankan anak memilih baju kesukaannya ....

fati said...

Imah, rasanya tepi pantai tu, macam dah dekat dgn rumah emak ayah mentua teman...hehehe. Kalau pati ada kat sana boleh ajak Imah singgah ek...

kembara kelana said...

perlis indera kayang...ada satu tempat...yang aku tak lupa..kalau kau naik bukit..kau boleh tengok perlis dari atas...bukit tu..memang best..kedua gua kelam terpanjang du asia tu...yang aku rasa memang unik sekali..macamana aku tak jumpa awek perlis masa aku mengenyam nak kawin dulu..mana dia orang nyorok? hahahaha
gurau jer

Citera Alam said...

Tie,
Kat situ banyak rumah kampung , dikelilingi sawah . Depan sawah pula adalah pantai . Memang nyaman rasanya .

Sop ,
Rasanya bukit tu adalah jalan ke Wang Kelian . Tak sangka pulak kamu teringin kat mak we Perlis . Masa saya kat U dulu memang susah nak jumpa student Perlis , sedikit benar . Mereka tak menyorok , dah populasinya sedikit .