Saturday, April 25, 2009

LANTIKAN PENGAWAS 2009

Semalam , pengesahan lantikan pengawas 2009 telah diadakan dalam perhimpunan mingguan . Seramai 40 orang menerima watikah perlantikan daripada Tuan Pengetua . Mereka terdiri daripada pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam . Hanya empat orang sahaja pengawas perempuan (tingkatan 6) yang telah dilantik .
Pengawas baru bersedia menerima watikah perlantikan
Lafaz ikrar diketuai oleh Pelajar Tingkatan 6
Pengawas baru berikrar melaksanakan amanah yang diberi
Dalam perhimpunan mingguan , mereka berkawal di belakang pelajar manakala barisan guru di hadapan pelajar .
Uniform pengawas sekolah ini ialah baju / tudung berwarna kuning , seluar / kain berwarna hitam , kasut dan blazer hitam . Teringat saya semasa saya di sekolah menengah sekitar tahun tujuh puluhan dahulu di mana uniform pengawas kami berwarna biru + biru tua seperti uniform pekerja kilang . Ada seorang dua perli-perli tetapi mereka tetap sabar .... Memang patutpun mereka sabar sebab tidak akan luak apa-apa dek perli orang .....

2 comments:

fati said...

Dulu zaman kita sekolah, rasanya warna baju pengawas dikebanyakan sekolah berwarna biru, atau krim aje kan...sekarang ni fati tengok dah macam-macam warna, pink lah, purple, hijau, kuning dan macam-macam combination lagi, meriah sungguh warna baju pengawas sekarang...tak la boring dalam kelas ek..., pengawas sekolah lain, pengawas perpustakaan lain....hehehe

Citera Alam said...

Tie,
Sekarang ni ada larangan berbagai warna di sekolah . Jadi , yang ada tu dah level minimum . Tanpa larangan , sekolah jadi macam taman bunga pulak dan berbagai fesyen .