Friday, April 3, 2009

WAJAH-WAJAH PADA HARI SUKAN

Sukan tahunan sekolah saya telah diadakan pada hari Khamis , 2 April 2009 bermula pada jam 2.30 petang . Ia telah dirasmikan oleh bekas pelajar yang merupakan tokoh korporat tanahair . Saya sempat merakamkan wajah-wajah ceria warga sekolah pada hari tersebut .
Pelajar perempuan tingkatan enam ini membantu dalam tugasan hadiah .
Ini ialah pelajar lelaki tingkatan enam membantu saya menyambut tetamu .
Seberang padang sana ialah Prep School MCKK yang klasik . Dulu , saya pernah mengajar di situ selama tujuh tahun sebelum bertukar ke pagar sini .
Khemah jamuan sukan bersebelahan Bangunan Warisan
Kawan-kawan saya di meja juruacara
Kawan-kawan saya di khemah hadiah
Peserta jemputan 4 X 100 m dari sekolah di negeri Perak : MCKK , Sayong , Tsung Wah , Spg Beluru , Raja Muda Musa (Kuala Kangsar) , STAR , Anderson (Ipoh) , King Edward (Taiping) berentap dengan tuan rumah , Clifford .
Hamper Hari Sukan
Piala-piala pusingan
Gambar saya ? Memang tiada sebab gambar-gambar ini dari handphone sendiri . Walaupun kurang bermutu tetapi saya sukakannya . Pendek kata , saya melakukan apa yang saya suka . (Kata orang "syok sendiri") tapi saya tidak ganggu orang lain , kan ! .

No comments: