Tuesday, May 25, 2010

HENDAK HIDUP SENANG ?

Ciri-ciri  " hidup senang "
....many modern millionaires live in middle-class neighborhoods, work full-time and shop in discount stores like the rest of us. What motivates them isn’t material possessions but the choices that money can bring: “For the rich, it’s not about getting more stuff. It’s about having the freedom to make almost any decision you want,” says T. Harv Eker, author of Secrets of the Millionaire Mind. Wealth means you can send your child to any school or quit a job you don’t like......

....5 Secrets of Self-Made Millionaires...
1. Set your sights on where you’re going
2. Educate yourself
3. Passion pays off
4. Grow your money
5. No guts, no glory
The Biggest Secret? Stop spending.

 Sumber : http://shine.yahoo.com/event/financiallyfit/5-secrets-of-self-made-millionaires-1370279/
   
Kebanyakan yang telah "hidup senang " dahulunya telah melalui kehidupan yang "kurang senang"dengan tabah dan konsisten  . Sebab itu kitapun pasti boleh hidup senang juga jika kita senang hati untuk  tabah melalui kehidupan yang kurang senang itu .......

Sunday, May 23, 2010

TENTANG LINTAH

.....Menurut penulisan sanskrit, Dhavantari ( bapa perubatan India ) mengatakan "Pegang madu disebelah tangan dan lintah di sebelah tangan lagi " ........

.....Selain itu terapi lintah juga di gunakan dalam perubatan kuno cina, Lukisan lintah perubatan telah di jumpai dalam makam dukun-dukun kuno mereka,.......

.......Dalam perubatan Greek kuno pula pengiktirafan rawatan terapi lintah boleh di temui dalam puisi Alexipharmacia karya Nicondros, Pakar perubatan roman, Galan menjelaskan bahawa terapi lintah sebagai kaedah untuk mencapai keseimbangan kesihatan dalam organ tubuh badan manusia ..........

.......Di negara Eropah pada abad yang ke 18 dan 19 mereka telah mengimport lebih 10 juta ekor lintah setahun untuk memenuhi permintaan di dalam industri perubatan mereka........

.......Hanya satu jenis di gunakan dalam industri farmaseutikal (perubatan) iaitu lintah dari jenis hirudo medicinalis atau di beri nama lintah sawah. Lintah ini mudah di kenali dengan memerhatikan satu jalur kuning di bahagian perutnya dan bahagian bawah berwarna coklat atau hijau.........

......bahan kimia yang di panggil Anti Koaqulan iaitu pencair darah yang mampu merawat kesan luka ,darah beku atau penyambungan ogen2 kecil seperti telinga,tangan dan urat2 anggota badan........

........Ekstrak Hirudin dari spesis lintah ini mampu menggurangkan pembentukan pembekuan darah serta melancarkanya ,Ia mampu merawat penyakit sejuk anggota badan,sakit2 otot dan sengal2 badan .........

Sumber : http://lintahtiram.blogspot.com/2009/03/sejarah-perubatan-lintah.html

Walaupun tidak penting tetapi ia berguna sebagai bahan bagi inovasi masa kini untuk mengatasi segala masalah dalam perubatan yang belum lancar penyelesaiannya.

Saturday, May 22, 2010

BILA HATI TERLUKA......

Tidak susah mengenal  orang yang terluka hatinya , lebih-lebih lagi orang yang kita kenali . Perubahan diri atau sikapnya  terutamanya secara mendadak menunjukkan sesuatu telah berlaku yang melibatkan soal hati . Kalau dia cuba menjauhi sesuatu maka hatinya terluka kerana perkara itu .

Bukan semua orang mahu menceritakan hal-hal peribadi atau soal hati terutama bila hati terluka kerana ia tidak penting kepada orang lain kecualilah individu yang tidak kisah hal peribadinya dijaja . Apa yang penting ialah dia cuba melaksanakan perkara yang dapat menawar kelukaan tersebut .

Menawar hati yang luka bukanlah perkara mudah . Kalaupun kemaafan telah diberikan , adalah mustahil untuk melupakan peristiwa tersebut . Juga bukanlah mudah untuk mengembalikan situasi kepada asalnya kerana hati manusia bukanlah mesin yang mudah di"reset" .

Kita tidak boleh sebarangan menyalahkan individu ini untuk bersikap sama seperti dulu . Kalau itu dilakukan  ia ibarat memaksa dirinya menelan kepahitan yang menambahburukkan lagi suasana dan prestasi diri . Tiada siapa yang untung , sebaliknya merugikan semua pihak .

Masa berlalu dan biarkan dia bersendiri mengubati luka hati serta tidak diulangi perkara yang menjadi penyebabnya . Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk sesuatu perkara tanpa melukakan hati orang lain . Inilah yang perlu difahami oleh semua orang ....psikologi..... 

Pada saya , sesuatu yang dilakukan dan melukakan hati orang lain disebabkan "kurang profesional" . Sebab itu keprofessionalisma dituntut dalam kerjaya terutama kerjaya pada  level yang tinggi . Ia memerlukan "soft skill" yang berkesan supaya tiada siapa yang rugi .

Tuesday, May 18, 2010

DI MANA SILAPNYA ?

Bila saya arahkan mereka membuat latihan yang telah dibincangkan , kelihatan begitu sukar untuk mereka laksanakan . Bila ditanya sebabnya , jawapannya "Saya tak tahu nak buat " . Rasa marah saya tahankan . Jelas mereka tidak fokus bila diajar .

Sambil memegang telinganya saya minta dia semak semula apa yang patut dibuat di dalam soalan latihan itu dan lakukan depan saya . Pelik pulak rasanya bila dia boleh melaksanakannya ketika saya enggan melepaskan tangan dari  telinganya .

Saya lakukan hal yang sama kepada pelajar kedua yang memberi alasan serupa . Saya dapati  dia boleh melakukannya bila telingannya tidak dilepaskan . Apakah trend paksaan ini perlu diteruskan kepada anak-anak era ini ? Usia sudah remaja tetapi perlu ditarik telinganya .

Ini adalah sesuatu yang tidak wajar tetapi lebih tidak wajar lagi apabila mereka enggan melaksanakan pembelajaran sedangkan guru sudah mencurah seluruh tenaga dan masa mengawasi disiplin pembelajaran dan melaksanakan pengajaran .

Mereka adalah kumpulan minoriti  tetapi begitu dominan di dalam kelas dengan sifat dan tingkah-laku yang sentiasa perlu dikawal . Tanpa kawalan mereka boleh menjadi racun kepada kumpulan majoriti . Itulah ragam anak muda yang membuat guru keletihan . 

Akhirnya saya mengerti bahawa kata-kata sudah tidak bereti untuk memastikan sesuatu itu dilaksanakan apabila masalah membelenggu keadaan , sebaliknya praktikkan atau paksakan sesuatu untuk berlaku boleh mengubah keadaan .

Monday, May 17, 2010

MENYELAMI HATI PELAJAR

Bila diajukan persoalan kenapa mereka tidak menyukai seseorang guru semasa bersekolah , ada yang menjawab yang mereka tidak dilayan dengan sewajarnya atas sesuatu kekurangan seperti kurang cerdik , kurang menarik , kurang kaya dan sebagainya . Akibatnya mereka kurang berminat untuk belajar .

Ada benarnya pernyataan itu . Ketidakadilan layanan guru boleh menyebabkan mereka berkecil hati yang dipendam lama walaupun setelah  meninggalkan bangku sekolah . Guru perlu menangani hal ini dengan insaf . Kebijaksanaan masing-masing amat diperlukan supaya tiada pelajar yang kecewa .

Seiring dengan itu pelajar juga perlu dididik supaya tabah menerima segala kejadian atau sikap seseorang terhadap mereka . Mereka tidak patut berkecilhati , sebaliknya memahami segala keadaan yang berlaku akibat ketidaksempurnaan  manusia . Situasi itu juga boleh berlaku dalam alam pekerjaan kelak .

Mental dan fizikal mereka perlu bersedia kepada keadaan itu . Menjadi perkara biasa ketidakadilan berlaku di sana sini . Terdapat majikan yang berat sebelah , melayan individu secara lebih istimewa berbanding individu yang lain , walaupun teorinya keadilan diperlukan dalam semua bentuk pengurusan . 

Anggap sahaja tiada manusia yang sempurna di dunia ini , maka segala ketidakadilan itu bukan menjadi masalah lagi .Walau bagaimanapun , ketidakadilan adalah disebabkan kita kurang bijaksana .Memuhasabah diri mungkin  cara terbaik merenungi masalah  ini .

Sunday, May 16, 2010

BENANG BASAH

Menegakkan benang basah kerja sia-sia sebab ia bukan mudah dan tiada siapa memerlukannya .Tiada sijil disediakan untuk kemahiran tersebut , apa tah lagi diploma , ijazah dan sebagainya . Aktiviti tersebut hanya membuang masa dan tenaga .

Perkara ditegakkan bukannya kebenaran . Sebab itu ia menjadi sukar  kerana  mengambil kesempatan atas sesuatu kelemahan yang berlaku . Kumpulan ini merupakan individu yang mementingkan diri sendiri atau enggan melaksanakan sesuatu .

Menegakkan kebenaran merupakan satu  perjuangan yang dituntut . Menegakkan benang basah pula adalah aktiviti yang patut digagalkan kerana merugikan banyak  pihak . Tenaga tercurah ke arah itu sepatutnya dihalakan ke arah perjuangan yang lebih berguna .

Mudah sahaja  menggagalkan aktiviti menegakkan benang basah . Membiarkan sahaja ia berlaku tanpa dilayan atau dipedulikan sudah memadai . Zaman sudah berubah dan pemikiran  insan semakin matang untuk membuat penilaian terhadap perkara begini .

Bukan semua kata-kata tajam bagai sembilu berupaya mematikan akal orang lain walaupun orang lain itu tiada  kedudukan . Benar kata pepatah "Hanya jauhari mengenal manikam ". Dalam segala hal , kejujuran kepada diri sendiri  adalah jawapan  semua persoalan .

Thursday, May 13, 2010

ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 6RENDAH 2010

HARI KEEMPAT
Senamrobik - dibantu fasilitator tingkatan 6Atas
The followers - semua pelajar tingkatan 6
Fasilitator di belakang dewan......
Release tenson
Ice breaking - hafal nama ahli kumpulan
Ice breaking - aktiviti dalam kumpulan
Perlaksanaan aktiviti - kita berjaya
Yang ini ... oo  , ada problem sikit
Futsal  6Rendah-6Atas
Bolajaring 6Rendah-6Atas
Sketsa
Koir patriotik
Dikir barat 
Esok  hari akhir orientasi , kemudiannya mereka akan masuk ke kelas  untuk memulakan pembelajaran . Inilah putera-puteri kita yang akan dijana menjadi modal insan yang berguna . Semoga mereka akan berjaya merealisasikan hasrat kita semua . Insyaallah ....

Sunday, May 9, 2010

HANYA KOSMETIK......

Di cermin kereta tertampal pelekat ayat suci yang menyeru kebaikan dan menegakkan kebenaran . Tiba-tiba kereta itu sendiri melanggar peraturan lalu lintas jalanraya serta dipandu dalam keadaan membahayakan orang lain . Apakah istilah yang sesuai dengan keadaan ini ? Kosmetik ......

Kata-kata diucap mengajak manusia ke arah kebenaran serta meninggalkan perkara-perkara mungkar . Tiba-tiba orang yang bercakap itu sendiri melakukan perbuatan yang jelas dilarang oleh peraturan agama dan sivil . Apakah istilah yang sesuai dengan keadaan ini ? Kosmetik ....

Seruannya menyuruh kita membuat baik dan meninggalkan kejahatan supaya keharmonian  akan dinikmati dalam kehidupan aman damai . Tetapi tiba-tiba orang tersebut  mengamalkan hasutan yang menimbulkan huru-hara  . Apakah istilah yang sesuai dengan keadaan ini ? Kosmetik ..... 

Kosmetik begini tidak diperlukan selagi amalan yang baik tidak dipraktikkan . Di hari kemudian nanti kita akan ditanya tentang apa yang dilakukan , bukan apa yang diucapkan kepada orang lain ......

Saturday, May 8, 2010

KEISTIMEWAAN ALIRAN SAINS TINGKATAN 6

Semasa terserempak dengan bekas pelajar tingkatan 6 aliran sains yang berjaya ke universiti, saya bertanya mereka "Apa kelebihan awak belajar di tingkatan 6 aliran sains? " Mereka menjawab "Apa yang dipelajari di tingkatan 6 aliran sains adalah berguna kerana amat membantu pembelajaran tahun pertama di peringkat ijazah". Seorang daripada mereka belajar di bidang kejuruteraan dan seorang lagi di bidang sains.

Itulah juga pengalaman saya waktu dulu. Ini bermakna sukatan yang disediakan di tingkatan 6 aliran sains adalah relevan dengan keperluan akademik bidang sains di peringkat lebih tinggi dari dahulu sehingga sekarang. Ketika mempelajari subjek tersebut memanglah dirasakan susah tetapi mempunyai nilai kepentingan yang tinggi telah diakui oleh bekas pelajar-pelajarnya.

Pelajar yang telah berjaya merupakan pelajar yang mempunyai motivasi dalaman yang tinggi, berdikari untuk belajar serta tidak berputus asa. Mereka menggunakan segala peluang dan ruang dengan sebaik mungkin sesuai dengan pengurusan persekolahan yang sangat optimum untuk pembelajaran jangka panjang. Waktu persekolahan yang lebih pendek dan cuti sekolah yang banyak tidak memberi tekanan tinggi.

Faktor utama kejayaannya ialah disiplin diri yang baik seperti tidak membuang masa, tidak ponteng sekolah, patuh segala tugasan yang diberi serta tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat seperti pergaulan bebas, rempit  dan lain-lainnya. Mereka bukan golongan yang bermasalah di sekolah sebab sentiasa sebok mengulangkaji pelajaran, menghafal fakta dan rumus serta membuat laporan eksperimen. 

Umumnya mereka ini bukan anti sosial tetapi mengenepikan keseronokan usia remaja untuk mengejar impian. Segala keseronokan tidak membawa apa-apa erti jika masa depan gelap gelita. Berputih tulang adalah lebih baik daripada berputih mata supaya tiada siapa yang akan kecewa pada hari kemudian.

Saturday, May 1, 2010

BAIK HATI

Kita disarankan supaya selalu berbuat baik serta baik hati dalam hidup bermasyarakat atau berkawan . Kalau ada orang susah perlu ditolong . Kalau tidak dapat bantu dengan wang ringgit , kita boleh bantu dari segi tenaga sebagai sokongan moral berupa nasihat yang berguna serta kepakaran .

Ada baiknya segala kebaikan dibuat  tanpa syarat . Mudahlah bagi malaikat mencatat kebaikan atas keikhlasan memberi pertolongan itu . Ini  bermakna tidak wajar ada udang di sebalik batu atas segala kebaikan yang dihulurkan . Keikhlasan ini pasti akan dikenang sampai bila-bila .

Namun begitu, kebaikan yang hendak dihulur janganlah sampai menggadai diri , menyerahkan segala apa yang dimiliki kepada orang lain terutama yang dimiliki itu merupakan keperluan diri atau kumpulan sendiri sepanjang zaman . Orang tua-tua ada berpesan , buat baik tu biarlah berpada-pada .

Membuat kebaikan juga perlu ada etikanya . Tersilap cara , ia boleh berupa rasuah , menggadai diri dan akhirnya diri sendiri yang rugi . Undang-undang juga harus diteliti supaya kelak diri tidak dipersalahkan oleh anak-cucu  sepanjang zaman . 

Dalam konteks bermasyarakat , bermusyawarah dan telus sesama ahli masyarakt sendiri adalah cara terbaik sebelum membuat kebaikan kepada pihak lain supaya kelak tiada yang tergadai , tiada siapa yang rugi , tiada siapa akan dipersalahkan . Itulah yang perlu diinsafi oleh pemegang amanah .....