Saturday, May 22, 2010

BILA HATI TERLUKA......

Tidak susah mengenal  orang yang terluka hatinya , lebih-lebih lagi orang yang kita kenali . Perubahan diri atau sikapnya  terutamanya secara mendadak menunjukkan sesuatu telah berlaku yang melibatkan soal hati . Kalau dia cuba menjauhi sesuatu maka hatinya terluka kerana perkara itu .

Bukan semua orang mahu menceritakan hal-hal peribadi atau soal hati terutama bila hati terluka kerana ia tidak penting kepada orang lain kecualilah individu yang tidak kisah hal peribadinya dijaja . Apa yang penting ialah dia cuba melaksanakan perkara yang dapat menawar kelukaan tersebut .

Menawar hati yang luka bukanlah perkara mudah . Kalaupun kemaafan telah diberikan , adalah mustahil untuk melupakan peristiwa tersebut . Juga bukanlah mudah untuk mengembalikan situasi kepada asalnya kerana hati manusia bukanlah mesin yang mudah di"reset" .

Kita tidak boleh sebarangan menyalahkan individu ini untuk bersikap sama seperti dulu . Kalau itu dilakukan  ia ibarat memaksa dirinya menelan kepahitan yang menambahburukkan lagi suasana dan prestasi diri . Tiada siapa yang untung , sebaliknya merugikan semua pihak .

Masa berlalu dan biarkan dia bersendiri mengubati luka hati serta tidak diulangi perkara yang menjadi penyebabnya . Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk sesuatu perkara tanpa melukakan hati orang lain . Inilah yang perlu difahami oleh semua orang ....psikologi..... 

Pada saya , sesuatu yang dilakukan dan melukakan hati orang lain disebabkan "kurang profesional" . Sebab itu keprofessionalisma dituntut dalam kerjaya terutama kerjaya pada  level yang tinggi . Ia memerlukan "soft skill" yang berkesan supaya tiada siapa yang rugi .

No comments: