Monday, May 17, 2010

MENYELAMI HATI PELAJAR

Bila diajukan persoalan kenapa mereka tidak menyukai seseorang guru semasa bersekolah , ada yang menjawab yang mereka tidak dilayan dengan sewajarnya atas sesuatu kekurangan seperti kurang cerdik , kurang menarik , kurang kaya dan sebagainya . Akibatnya mereka kurang berminat untuk belajar .

Ada benarnya pernyataan itu . Ketidakadilan layanan guru boleh menyebabkan mereka berkecil hati yang dipendam lama walaupun setelah  meninggalkan bangku sekolah . Guru perlu menangani hal ini dengan insaf . Kebijaksanaan masing-masing amat diperlukan supaya tiada pelajar yang kecewa .

Seiring dengan itu pelajar juga perlu dididik supaya tabah menerima segala kejadian atau sikap seseorang terhadap mereka . Mereka tidak patut berkecilhati , sebaliknya memahami segala keadaan yang berlaku akibat ketidaksempurnaan  manusia . Situasi itu juga boleh berlaku dalam alam pekerjaan kelak .

Mental dan fizikal mereka perlu bersedia kepada keadaan itu . Menjadi perkara biasa ketidakadilan berlaku di sana sini . Terdapat majikan yang berat sebelah , melayan individu secara lebih istimewa berbanding individu yang lain , walaupun teorinya keadilan diperlukan dalam semua bentuk pengurusan . 

Anggap sahaja tiada manusia yang sempurna di dunia ini , maka segala ketidakadilan itu bukan menjadi masalah lagi .Walau bagaimanapun , ketidakadilan adalah disebabkan kita kurang bijaksana .Memuhasabah diri mungkin  cara terbaik merenungi masalah  ini .

No comments: