Menegakkan benang basah kerja sia-sia sebab ia bukan mudah dan tiada siapa memerlukannya .Tiada sijil disediakan untuk kemahiran tersebut , apa tah lagi diploma , ijazah dan sebagainya . Aktiviti tersebut hanya membuang masa dan tenaga .
Perkara ditegakkan bukannya kebenaran . Sebab itu ia menjadi sukar kerana mengambil kesempatan atas sesuatu kelemahan yang berlaku . Kumpulan ini merupakan individu yang mementingkan diri sendiri atau enggan melaksanakan sesuatu .
Menegakkan kebenaran merupakan satu perjuangan yang dituntut . Menegakkan benang basah pula adalah aktiviti yang patut digagalkan kerana merugikan banyak pihak . Tenaga tercurah ke arah itu sepatutnya dihalakan ke arah perjuangan yang lebih berguna .
Mudah sahaja menggagalkan aktiviti menegakkan benang basah . Membiarkan sahaja ia berlaku tanpa dilayan atau dipedulikan sudah memadai . Zaman sudah berubah dan pemikiran insan semakin matang untuk membuat penilaian terhadap perkara begini .
Bukan semua kata-kata tajam bagai sembilu berupaya mematikan akal orang lain walaupun orang lain itu tiada kedudukan . Benar kata pepatah "Hanya jauhari mengenal manikam ". Dalam segala hal , kejujuran kepada diri sendiri adalah jawapan semua persoalan .
No comments:
Post a Comment