Sedang mengemas rumah pada cuti hari Sabtu , telefon berdering dan memintanya ke pejabat sekolah . Dia diminta meminda sijil berhenti sekolah seorang pelajar kelasnya . Dia patuh kerana tidak mahu buat hal .
Hasil pemerhatiannya selama setahun itu tidak diterima .Dia mengeluh kerana terpaksa membuat laporan yang tidak selari dengan pemerhatian . Ini bercanggah dengan konsep Sains dalam bidangnya .
Dari hari ke hari dia memikirkan hal itu .....laporan bercanggah dengan kejadian .......Dari hari ke hari juga dia mendengar khabar kualiti modal insan hari ini semakin tidak setinggi dokumentasinya .
Dia tahu , salah satu puncanya ialah .......ketidakjujuran........ Tapi apa daya . Dia hanya insan kerdil yang tiada kuasa eksekutif . Fakta Sains boleh diketepikan oleh kuasa eksekutif itu .
Hatinya gusar . Kemajuan hakiki sukar dicapai tanpa kejujuran ini . Kewujudan kemajuan Sains dan Teknologi tidak dapat dimanfaat dengan berkesan bila ada kuasa eksekutif yang boleh menepisnya .
"Biarlah" , fikirnya . ..... itu bukan urusannya . Selagi ada yang mabuk dilamun kuasa eksekutif , orang sepertinya tidak boleh berbuat apa-apa . Dia pasrah .
2 comments:
Manusia walaupun telah empunya wang ringgit yang banyak tapi tidak merasa puas jika tiada kuasa. Itulah kekuatan kuasa.
Kalau diguna dgn betul , tak siapa akan pertikaikan . Tapi kalau guna utk kepentingan diri atau menunjuk ketinggian diri , berat tanggungannya di akhirat nanti . Hal ini tak boleh dibuat main .
Post a Comment