Tuesday, October 6, 2009

WAKTU

KALAU KITA BOLEH MEMUTAR WAKTU KE BELAKANG …..
Kalau kita boleh memutar waktu ke belakang …….
Tentu kita akan lebih tekun lagi mencapai impian bagi kehidupan yang serba indah di dunia ini …mempunyai jawatan yang tinggi , bergaji lumayan , selalu mengelilingi dunia , mempunyai pembantu yang sedia melaksanakan segalanya untuk kita . Namun dengan wang ringgit dan harta-benda yang menimbun bukan satu ketentuan kebahagiaan diri sebab ia belum dapat menjamin memiliki cinta yang sejati …..

Kalau kita boleh memutar waktu ke belakang …….
Tentu kita akan lebih komited mengisi diri dan rohani dengan segala suruhan Allah tanpa lalai dan leka agar mendapat pahala yang bertimbun untuk masuk ke syurga . Namun segala amalan diri bukan jaminan ke syurga jika diabaikan segala tanggungjawab sesama manusia dan dengan alam semestanya …..

Sebenarnya kita tidak boleh memutar waktu ke belakang kerana kita adalah hamba kerdil yang diberi akal untuk berfikir dan sentiasa diduga oleh Yang Maha Esa .

5 comments:

bong said...

Citra Alam kalaulah masa tu boleh berundur aku le orang pertama yang akan mengisinya. Aku nak jadikan diri aku baik tidak seperti dulu.
Apa pun itu adalah mustahil kerana itu adalah janji yang maha esa.

Citera Alam said...

Bong , sekarangpun awak dah jadi orang baik .Kira OKlah tu . Semua orang ada buat silap . Yang penting kita berubah ke arah yang lebih baik .

bong said...

Citra Alam, kau mana tau aku jadi orang baik. Kau tak pernah tengok aku lagi (31 tahun). Tapi kalau betul Alahamdulilah.
Tentang masa sebenarnya ia seiring dengan kita cuma kita je tak sedar dan tak tahu nilai masa tu. Kita asyik dengan gaya kita. Kekadang kita tau masa kita banyak terbuang tetapi kita terus lupa akan dia.

Citera Alam said...

Awak tak kutuk2 kat blog kira baiklah tu . Awak masukkan entry kesedaran , kira OKlah tu . Tapi dulu2 masa kat SMSJ memang awak tak ada apa2 kes dgn saya . Sayapun tak kisahkan sesiapa selagi tidak diusik .

bong said...

Aku masa sekolah memang tiada kes apa2 dengan kawan2 cuma kes merokok je setiap tahun kena cekup. Lagi dengan budak perempuan memang aku malu sehingga kini.
Mungkin juga pengalaman mengajar kita.
Aku suka komen entry kau sebab seronok terus pada point yang boleh dibincang.
Kalau yang simbolik dan berkias-kias aku malas nak berfikir.