Saturday, September 3, 2011

IKHLAS....... MEMBENTUK KEKUATAN DIRI

Ikhlas ialah : " melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

Tingkat-tingkat Ikhlas:
1. Melaksanakan ibadah kerana takut akan azab.
2. Melaksanakan ibadah kerana membesarkan Allah.Kerana merasai kehebatan Nya. kerana menuruti dan akur akan seruan Nya dan tiada pula terlintas di hati sesuatu maksud lain.

Perlunya seorang muslim memiliki sifat ikhlas adalah berkait dengan  ugutan iblis seperti berikut
Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.”
[al-Hijr 15:39-40]

Ciri-ciri orang yang memiliki keikhlasan antaranya.
1.  Hidupnya jarang sekali merasa kecewa.
2.  Tidak bergantung/berharap pada makhluk.
3.  Tidak pernah membezakan antara amal besar dan amal kecil.
4.  Banyak amal kebaikan yang rahsia.

Berdasarkan ciri=ciri ini, ikhlas  terbit dari jiwa yang kuat dan semangat yang teguh kerana keyakinan diri yang tinggi dalam kehidupan adalah berteraskan keimanan yang kukuh kepada Allah.

 Ref:
http://mamut1.tripod.com/ikhlas.htm 
https://www.facebook.com/note.php?note_id=10150235399213163

1 comment:

kembara kelana said...

mah...selamat hari raya dan maaf zahir bathin...takdir masih memisahkan kita dari bertemu setelah lama berpisah...semoga kau sehat dan berbahgia...