Thursday, February 3, 2011

HARI SELASA

Hari ini Hari Selasa . Esok   cuti peristiwa sekolah . Lusa dan tulat cuti   Tahun baru Cina . Sabtu dan Ahad cuti mingguan . Lima hari cuti , panjang tu ... 

Petang ini latihan sukan ke 3 bagi Rumah Iskandar , Jamil dan Sabki . Kedatangan pelajar ke padang , alahai.... boleh dihitung dengan jari . Ramai  dah bercuti  . Kelibat cikgu lebih ramai . Pelajar yang datang memang yang baik-baik belaka .  

Hari ini saya rakamkan aktiviti mereka di padang . Saya rasa seronok bersama mereka  pada petang ini kerana mereka kelihatan gembira dan bersedia melaksanakan aktiviti yang telah diatur . Mereka lakukan bersungguh-sungguh .
Nak jadi no 1 kenalah kota apa yang dikata
Nak realisasikan 1 Clifford , kenalah sepakat
Mereka ni memang dah sepakat hadir aktiviti .
Jam 3.30 petang mereka berkumpul di sini
Jam 3.45 petang mereka ke padang dan
 catatkan kehadiran kepada kakak Form 6
Mereka berkumpul atas padang pula 
sementara menunggu kehadiran yang lainnya .
Rumah sebelah dijadikan "bench mark" . Mereka 
dah mula bergerak . Kita pun mulakanlah aktiviti .
Sangat tidak meriah sebab cuma yang ini 
sahaja hadir . Mulakan dengan "warm up"
Lepas tu lari-lari ke sana sini
Latihan petang ini 400 m , bersamaan 
satu pusingan padang
Lepas tu lompat jauh .
Percubaan pertama....rasa kekok
Seterusnya , ada peningkatan
Dah pun dapat momentumnya ...
Yang ini dah mula terbang
Yang ni pula terbang semakin tinggi
Dah cuba menambah 
kelajuan dan ketinggian
Jaga-jaga , momentum dah maksima ....
"Tirulah macam dia ni," kata cikgu .

No comments: