Monday, December 12, 2011

CATATAN KE PAMERAN MARITIM DAN UDARA ANTARABANGSA (LIMA) 2011

Tarikh: 8 - 10 Disember 2011.
Kami menjadikan pameran ini sebagai destinasi percutian keluarga ke Langkawi dua tahun sekali. Banyak benda yang boleh dilihat oleh anak-anak dalam  pameran ini dan banyak perkara boleh dipelajari, dari segi akademik mahupun peluang pekerjaan apabila tamat pelajaran.
Tiba di Jeti Kuah jam 7.45 malam 8 Disember
Menginap di hotel bajet...Panorama
Kami menyewa kenderaan ini untuk perjalanan
9 Disember...ke pameran udara
Pasukan bomba penyelamat ini 
bersedia bagi kecemasan
Di antara petugas pameran merupakan 
pelajar IPTA bidang aeroangkasa
Pameran statik...
kapalterbang besar milik NAVY USA
Pengunjung diberi peluang memasukinya
Pameran statik......
kapalterbang sederhana milik TUDM
Pameran statik...kapalterbang kecil
Deretan kapalterbang pertunjukan
......bersiap sedia membuat penerbangan
Pertunjukan penerbangan yang 
melibatkan empat buah jet pejuang TUDM 
membelah bumi Langkawi.
Pertunjukan jet pejuang TUDM
....membuat bentuk LOVE di ruang angkasa
Aksi tangkas juruterbang TUDM 
mengendalikan jet mereka
10 Disember....ke pameran Maritim 
di Awana Porto Malai
Bot TLDM yang mengambil 
bahagian dalam pertunjukan air
KD KELANTAN.....Pengunjung diberi 
peluang melawat ke dalam kapal ini
Pemandangan laut dari atas KD KELANTAN
Pemandangan di Jeti Kuah ketika 
kami berangkat pulang jam 5.00 petang.....
Pameran ini melibatkan promosi perdagangan dalam bidang pengangkutan laut, darat dan udara oleh syarikat-syarikat berkaitan dari seluruh dunia serta vendor-vendornya .Ia juga melibatkan kenderaan bagi tentera yang dilengkapi dengan perkakasan ketenteraan. Di sini kita boleh mengetahui  peluang dan bidang pekerjaan yang ditawarkan bagi pelajar lepasan universiti dan kolej. 

Apa yang membanggakan saya ialah bidang ini sedang berkembang di negara ini berdasarkan statistik pembuatannya dan ini  bertepatan dasar kerajaan dalam transformasi ekonomi iaitu menjana ekonomi berskala tinggi.

Selamat Tinggal Langkawi. 
Insyaallah, panjang umur kita berjumpa lagi di LIMA 2013.

2 comments:

Anonymous said...

TAHIAH KERANA DAPAT KE LIMA. HAJAT SAYA NAK BAWA ANAK-ANAK TAHUN NI TAK KESAMPAIAN..BANYAK INFO SAYA DAPAT DARI BLOG PUAN.

Citera Alam said...

Anonymous,
Salam,
Masih ada peluang untuk anda ke sana sambil bercuti seisi keluarga.Banyak pamplet yang disedia buat kenangan, pembelajaran/rujukan dari pameran itu.Boleh juga shopping di kedai yang bebas cukai.LIMA 2013... boleh rancang dari sekarang.