Tuesday, May 31, 2011

MUHASABAH DIRI : TANDA HATI KITA MATI

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah   
1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya2.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
9.Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
10.Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam,tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Ref : http://www.scribd.com/doc/7927090/10-Tanda-Hati-Kita-Mati

Monday, May 16, 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Tempat : SMK Clifford Kuala Kangsar
Tarikh : Isnin , 16 Mei 2011
Masa : 7.30 pagi - 2.00 ptg
Dimulakan dengan perhimpunan rasmi 
di Dataran Clifford, diikuti bacaan  perutusan 
Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua 
Pengarah Pelajaran Malaysia
Perasmian dilakukan oleh Tuan Pengetua. 
Tutut hadir ialah Timbalan Pegawai 
Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.
Aturcara sambutan dari jam 
7.40 pagi hingga 2.00 petang
Melafazkan Ikrar Guru Malaysia
diketuai oleh Pengerusi Kelab Guru
Diikuti oleh nyanyian lagu Guru 
Malaysia dan Lagu Warisan
Hadiah daripada PIBG kepada 
semua guru , disampaikan oleh 
pelajar-pelajar Tingkatan 6
Aktiviti sukaneka guru......pelajar 
Tingkatan 6 menjadi fasilitator
Jamuan Hari Guru di 
Dewan Asrama Clifford
Diakhiri dengan persembahan pentas 
oleh pelajar dan guru, ditonton 
oleh semua warga Clifford.
"Kecemerlangan dan kemenjadian pelajar terhasil apabila wujudnya semangat tinggi dalam diri  untuk berjaya. Guru yang berjaya adalah guru yang berupaya membakar semangat itu  hingga membara ke arah matlamat tersebut."

Sunday, May 15, 2011

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" SELAMAT HARI GURU

Tahun ini saya rasa "segar"  menyambut Hari Guru di peringkat sekolah kerana diraikan tepat 16 Mei. "Kesegaran" itu menyebabkan  rasa bersemangat  meraikannya, setidak-tidaknya minda ini cuba mengupas tema sambutannya. Selalunya sesuatu yang "layu" menyebabkan kita kurang semangat untuk mengulasnya.

Saya hanya ingin menyatakan  bahawa pendidikan perlu dihalakan kepada pembentukan kehidupan yang lebih baik samada untuk jangka pendek mahupun jangka masa panjang ; membentuk kehidupan yang sejahtera samada di dunia mahupun di akhirat dan memenuhi keperluan dan tuntutan semasa.

Putera-puteri Malaysia perlu dibentuk ke arah tersebut. Kehidupan yang lebih baik merujuk kepada ketinggian ilmu, kemuliaan sahsiah, kemakmuran diri , keluarga dan masyarakat dan menjadi bangsa dan negara yang maju di peringkat global yang disegani dan digeruni oleh pihak lain.

Itulah hala tugas guru dalam memenuhi hasrat kerajaan  menjadikan Malaysia negara maju  menjelang 2020 . Perlaksanaan pendidikan perlu disasarkan agar anak didik kelak dapat mengisi ruang dan peluang pekerjaan mengikut keperluan semasa dan mendatang.

Ciri negara maju pendapatannya tinggi, maka anak didik dipersiapkan dengan kemahiran yang diperlukan samada secara mental mahupun fizikal mengikut acuan tempatan yang juga memenuhi persaingan global. Menjadi tugas guru mempersiapkan diri agar berupaya mempersiapkan anak didik ke arah itu.

Ringkasnya, selain menjadi pengajar , pembimbing dan fasilitator, guru sebenarnya adalah pembakar semangat anak-anak muda bagi mencapai kejayaan. Semangat yang membara inilah boleh mencetuskan kejayaan cemerlang  anak-anak kita ke arah membina negara yang terbilang.

Selamat Hari Guru......

Saturday, May 7, 2011

BILA MARAH

Bila  marah , orang Islam digalakkan mengambil wudhu' dan menunaikan sembahyang sunat. Banyak manafaat yang diperolehi daripada amalan ini. Air wudhu' dapat menyejukkan tubuh dan sembahyang sunat berupaya mententeramkan hati. Di sebalik kemarahan adalah kewujudan syaitan yang sentiasa menanti dan mengisi peluang memporakperandakan jiwa kita.

Tanpa amalan ini kita terdedah kepada siraman minyak ke atas kepanasan jiwa. Itulah kerja syaitan. Kerana itu juga kita boleh mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain. Selalunya kata-kata itu tiada kaitan dengan isu yang menjadikan kita marah,  sekadar melepaskan perasaan marah yang meluap-luap. Ia tidak langsung membantu menyelesaikan isu yang timbul.

Melayan perasaan marah sangat merugikan diri terutama terlepasnya kata-kata yang tidak sepatutnya dihamburkan. Di antara risikonya ialah terjadinya ungkit-mengungkit kisah-kisah lama yang sepatutnya ditutup rapat. Akibatnya hubungan boleh terputus, perpisahan dan perceraian boleh terjadi dan hati semua pihak menjadi tidak tenteram.

Lebih tinggi darjah kemarahan, lebih besar risiko perpecahan. Kerana ini juga terdapat individu yang tidak mahu jodohnya dengan orang yang panas baran kerana tidak mahu memendam rasa yang  menyebabkan tekanan dalam hidup. Perkara terbaik yang perlu dilakukan oleh si panas baran ialah meminta maaf atas kemarahan yang telah terjadi.

Kita boleh membantu si panas baran supaya sedar diri bila marah. Langkah pertama berdiam diri, tidak perlu melayan kata-kata dari kemarahan itu. Kalau ini tidak dapat mereda keadaan, tinggalkan dia bersendirian supaya dia segera sedar bahawa bukan semua orang boleh bertolak-ansur terhadap kemarahan. Kedudukan tinggi dalam organisasi bukanlah hak seseorang menghamburkan kemarahan sesuka hati.

Seperkara yang perlu disedari oleh semua orang ialah menghamburkan kemarahan sesuka hati itu adalah serupa menunjukkan aib diri sendiri. Ini disebabkan rupa orang yang marah adalah buruk dan kata-kata yang dihamburkan tanpa sedar adalah keji. Kalaulah dirakam aksi itu, tentu tiada siapa suka menontannya. Perkara terbaik mengatasi masalah ini ialah sentiasa mengawal diri daripada marah.

Sunday, May 1, 2011

20 MINIT DAN OBESITI

Puratanya masa anak-anak  di sekolah ialah 8 jam sehari.Sekolah memperuntukkan 20 minit  untuk  rihat . Pada waktu inilah mereka berpeluang membeli makanan yang dijual di kantin sekolah . Terdapat juga pelajar yang membawa makanan sendiri samada disediakan dari rumah atau dibeli dalam perjalanan ke sekolah.
Ditolak masa ke kantin dan 
berbaris menunggu giliran,
masa makan kurang dari 20 minit .
20 minit dengan sepinggan nasi + ayam goreng / 
ikan goreng + sambal ....... penyebab obesiti ???
Guru dicadang sediakan  prestasi  BMI. 
Alasannya  : Obesiti dapat dipantau. 16 jam lagi 
di mana ? Berbaloikah  pemantauan kesihatan 
anak-anak dihala kepada guru dan sekolah ?