Tahun ini saya rasa "segar" menyambut Hari Guru di peringkat sekolah kerana diraikan tepat 16 Mei. "Kesegaran" itu menyebabkan rasa bersemangat meraikannya, setidak-tidaknya minda ini cuba mengupas tema sambutannya. Selalunya sesuatu yang "layu" menyebabkan kita kurang semangat untuk mengulasnya.
Saya hanya ingin menyatakan bahawa pendidikan perlu dihalakan kepada pembentukan kehidupan yang lebih baik samada untuk jangka pendek mahupun jangka masa panjang ; membentuk kehidupan yang sejahtera samada di dunia mahupun di akhirat dan memenuhi keperluan dan tuntutan semasa.
Putera-puteri Malaysia perlu dibentuk ke arah tersebut. Kehidupan yang lebih baik merujuk kepada ketinggian ilmu, kemuliaan sahsiah, kemakmuran diri , keluarga dan masyarakat dan menjadi bangsa dan negara yang maju di peringkat global yang disegani dan digeruni oleh pihak lain.
Itulah hala tugas guru dalam memenuhi hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 . Perlaksanaan pendidikan perlu disasarkan agar anak didik kelak dapat mengisi ruang dan peluang pekerjaan mengikut keperluan semasa dan mendatang.
Ciri negara maju pendapatannya tinggi, maka anak didik dipersiapkan dengan kemahiran yang diperlukan samada secara mental mahupun fizikal mengikut acuan tempatan yang juga memenuhi persaingan global. Menjadi tugas guru mempersiapkan diri agar berupaya mempersiapkan anak didik ke arah itu.
Ringkasnya, selain menjadi pengajar , pembimbing dan fasilitator, guru sebenarnya adalah pembakar semangat anak-anak muda bagi mencapai kejayaan. Semangat yang membara inilah boleh mencetuskan kejayaan cemerlang anak-anak kita ke arah membina negara yang terbilang.
Selamat Hari Guru......
2 comments:
Tahniah atas kesungguhan yang ditunjukkan sebagai guru...dan dengan semangat yang sentiasa positif dan amanah dalam menjalankan tugas. Memang benar, setiap tugas yang diamanahkan, walaupun sesetengah orang nampak remeh dan tak perlu, selagi mana namanya tugas...perlu diselesaikan dengan penuh rasa tanggungjawab. Kalau dipandang remeh dan tidak diselesaikan dengan baik, ditakuti gaji yang diterima menjadi ????
BerHIJRAHlah kita dalam menjadi pendidik. Hijrah mengikut sunnah Rasulullah.... insyaAllah, semua pendidik menjunjung semangat HIJRAH...kejayaan akan menjadi milik kita.
Anonymous,
Terima kasih atas respon dan tiupan semangat daripada anda. .Hijrah.....Itulah amanahnya.
Post a Comment