Saturday, April 23, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG KE 103

Tempat : Dewan Hamdan SMK Clifford Kuala Kangsar
Tarikh : Sabtu , 23 April 2011
Masa : 9.00 pagi
Perasmi : Y BHG DATO' MOHD RAUHI BIN MOHD ISA
               D.P.M.P., P.M.P., K.M.N., A.M.P., P.P.T
               PENGARAH PELAJARAN PERAK
 Buku Program
 Menunggu ketibaan .......
Pasukan Unit Beruniform bersedia bagi 
Pemeriksaan Barisan Kehormat
 Suasana di luar Dewan Hamdan....
Di antara  wajah-wajah penerima hadiah akademik
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua 
pelajar yang menerima hadiah dalam pelbagai 
bidang akademik , ko-kurikulum dan sahsiah
Juga tahniah dan syabas kepada semua guru yang 
menerima hadian atas kejayaan  meningkatkan  
panitia masing-masing
Salah satu hadiah yang diterima oleh guru
....Sebuah buku MOTIVASI
Di antara nasihat Dato' Pengarah Pelajaran dalam ucapannya untuk peningkatan drastik
1.Rapatkan hubungan sekolah-ibubapa , sekolah-komuniti , sekolah-agensi berkaitan
2. Laksanakan tindakan luar jangka yang  berkesan
3. Kurangkan krisis agar tindakan dapat dijalankan bagi pemajuan yang dirancangkan .

Semoga nasihat ini dapat dipegang kukuh oleh semua pihak dalam melaksanakan amanah agar putera-puteri SMK Clifford lebih gemilang menjadi modal insan bertaraf dunia .

Wednesday, April 20, 2011

HARI INI

Tempat :Dataran Clifford , SMK Clifford Kuala Kangsar
Waktu : 7.30 - 8.20 pagi
Aktiviti : Kawat
Semua pelajar dilatih 
berkawat dengan betul....
termasuklah kumpulan pelajar 
yang masih tidak memakai 
pakaian unit  uniform mereka
Mereka digabungkan 
di barisan paling depan
Ahli PBSM ini berkawat bagi 
pertandingan kawat kaki....
Daerah Kuala Kangsar
Pra-persembahan ini 
bertujuan pemantapan
......supaya mereka tidak gementar
Formasi.....
 keseragaman  derap langkah ....
kesepaduan gerakan......
penentu kejayaan pasukan 

Monday, April 18, 2011

PERHIMPUNAN ISNIN

Pagi ini diadakan perasmian Program NILAM oleh Tuan Pengetua . Pegawai Teknologi Pendidikan telah dijemput ke majlis ini untuk memberi taklimat mengenai perlaksaan program ini di peringkat daerah , negeri dan negara .
Di antara aktivit yang dilaksanakan.....
Selepas itu pelajar-pelajar dipertontonkan .....
....tarian gambus....
oleh 8 orang pelajar ......

yang akan dipersembahkan dalam Majlis 
Hari  Anugerah Cemerlang Sabtu ini .

Sunday, April 17, 2011

KURSUS SEHARI PUTERI ISLAM

Hari ini seharian saya berada di Ipoh atas tujuan tersebut . Kami diberi taklimat tentang pengurusan , pentadbiran , aktiviti dan penilaian pengendalian persatuan ini di sekolah . Kami lakukan tatacara persatuan . Di antaranya ikrar puteri
I pledge
My head to clearer thinking
My heart to greater loyalty
My hands to longer service
My health to better living
For my organization , my community and my country .

 Program hari ini
 Aturcaranya
 Seharian di Dewan Serbaguna 
Kediaman MB Perak
Sebelum  bermula...jualan uniform puteri
 Pameran uniform puteri berbagai tahap
 Kursus-kursus pentauliahan jurulatih
 Kit kursus
 Jenis-jenis sijil puteri

Friday, April 15, 2011

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM

Perhimpunan kokurikulum pada pagi Rabu minggu ini menyaksikan persembahan kawad Pasukan Kadet Bersatu Malaysia SMK Clifford yang telah mendapat tempat pertama peringkat negeri dalam perkhemahan PKBM lalu.
 Semangat kerjasama sepasukan ....
.....diharap menjadi tauladan 
kepada pasukan lain .
Kumpulan pelajar Pra-Universiti 
ini turut menyaksikannya
Memahami tanggungjawab 
diri dalam pasukan .....
......fokus kepada arahan 
dan tepat melaksana tindakan
adalah kunci  kejayaan  sebuah organisasi
Peka kepada tuntutan semasa....
dengan usaha dan disiplin 
diri yang mantap ......
pasti membawa diri ke puncak 
kecemerlangan .......insyaallah .

Wednesday, April 13, 2011

TENTANG DEMAM DENGGI

Sudah 20 tahun saya mendiami kawasan perumahan ini; selama itu jugalah terdapat kes demam denggi di sini. Kesnya tertinggi di negeri ini  dan telah dilabel sebagai zon denggi. Pada tiang elektrik dipasang kain rentang berbunyi "ANDA BERADA DALAM ZON DENGGI" oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Sedihnya tidak terkata kerana merasa tidak selamat,  ditambah pula pernah menjadi mangsanya. Begitu juga dengan anak perempuan saya. Beberapa orang jiran  juga mengalami keadaan yang sama. Namun begitu kami tidak pernah abaikan pencegahannya seperti memastikan kawasan rumah bersih dan tiada air bertakung. 

Baru-baru ini saya menyertai gotong-royong membersihkan kawasan ini lagi bersama Ahli Jawatankuasa Penduduk, Pasukan Bomba Daerah, Majlis Perbandaran Daerah dan Kementerian Kesihatan,  juga disertai oleh wakil rakyat yang merupakan jiran saya.

Kami membersihkan longkang dan tepiannya. Alhamdulillah , longkang di sekeliling rumah saya tidak perlu lagi dibersihkan sebab airnya laju , tiada sekatan serta jernih .Ini mungkin disebabkan kedudukannya lebih rendah memudahkan air dari bukit mengalir turun .

Kami mula membersihkan longkang di blok sebelah. Barulah dikesan sarang nyamuk aedes di situ kerana airnya bertakung dan bersampah. Airnya tidak dapat mengalir  sebab tiada saluran turun. Saluran disedia adalah menaik (dari bukit pertama ke bukit kedua ) 

Inilah punca masalah demam denggi selama 20 tahun di sini .....binaan longkangnya tidak dapat mengalirkan air, sebaliknya menakung air pula bagi nyamuk aedes membiak....Kami meminta Ahli Jawatankuasa Penduduk membuat laporan kepada Majlis Perbandaran. Kalau ada kes denggi lagi di sini, kami akan tunjuk ke arah itu.Salah siapa ?

EKSPERIMEN

Dalam hidup kita ini terkandung berbagai fenomena yang telah dijadikan oleh Allah . Alam yang terbentang luas dalam tiga dimensi di depan mata kita sebaiknya digunakan untuk melaksanakan eksperimen bagi  mengkaji hubungan antara faktor-faktor  yang terkandung di dalamnya .Hasil penemuannya bolehlah  diguna untuk  membantu insan membuat tindakan yang wajar terhadap segala permasalahan dan keperluan tempatan .

Berbagai kaedah boleh digunakan dalam  eksperimen  ini  samada secara saintifik atau nonsaintifik ; lisan atau bertulis ; mengguna peralatan secara maksimum , intermediate atau minimum dan sebagainya . Banyak bidang kehidupan yang boleh dieksperimenkan samada bidang  ekonomi , sains , teknologi , kemanusiaan , kerohanian dan sebagainya .

Tempoh masa eksperimen pula boleh mencakupi tempoh pendek , sederhana atau panjang yang disesuaikan dengan tujuan , kaedah dan bidang eksperimen tersebut . Pelaksana eksperimen tidak boleh beremosi , tidak boleh pesimis ; sebaliknya  perlu bersikap profesional , sabar menerima segala cerapan , tabah mematuhi segala prosedur yang ditetapkan . 

Mengapa hasil eksperimen tidak dapat membantu insan dalam melaksanakan tindakan ke arah kehidupan yang lebih harmoni ? Jawapannya terletak pada pelaksana tindakan jika tidak  bertindak secara profesional atas sebab-sebab tertentu yang tidak telus . Akan malanglah jika permasalahan  awam diketepikan kerana kepentingan tertentu . Siapa yang akan rugi ?

Sunday, April 3, 2011

BILA MENANGIS.....

Ada baiknya biarkan diri sendirian dan memuhasabahkan  diri tentang kesilapan yang terjadi serta meneliti kekurangan diri yang telah Allah ujikan . Berdoa dan memohon petunjuk daripadaNya adalah satu tuntutan yang merealisasikan kita ini adalah hambaNya yang sangat lemah .

Mendengar kata-kata yang tidak menjurus kepada pengabdian diri kepadaNya pada ketika ini adalah sia-sia . Sebaliknya mencari dan membuat sesuatu yang dapat mendekatkan diri kepadaNya adalah penawar bagi hati yang merintih . 

Ujian dan dugaan adalah tanda diri dipilih olehNya untuk merasai kebesaran , keagungan , kekuasaanNya . Tanpanya diri boleh terleka oleh arus dunia yang tidak ada hentinya , menghanyutkan diri kian jauh dari keimanan yang dituntut . 

Siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang terjadi . Tetapi kitalah yang harus mengatasi sendiri semua persoalan untuk meletakkan diri di tahap keimanan yang hakiki . Walau apa-apapun , Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang pada setiap detik ....