Sudah 20 tahun saya mendiami kawasan perumahan ini; selama itu jugalah terdapat kes demam denggi di sini. Kesnya tertinggi di negeri ini dan telah dilabel sebagai zon denggi. Pada tiang elektrik dipasang kain rentang berbunyi "ANDA BERADA DALAM ZON DENGGI" oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Sedihnya tidak terkata kerana merasa tidak selamat, ditambah pula pernah menjadi mangsanya. Begitu juga dengan anak perempuan saya. Beberapa orang jiran juga mengalami keadaan yang sama. Namun begitu kami tidak pernah abaikan pencegahannya seperti memastikan kawasan rumah bersih dan tiada air bertakung.
Baru-baru ini saya menyertai gotong-royong membersihkan kawasan ini lagi bersama Ahli Jawatankuasa Penduduk, Pasukan Bomba Daerah, Majlis Perbandaran Daerah dan Kementerian Kesihatan, juga disertai oleh wakil rakyat yang merupakan jiran saya.
Kami membersihkan longkang dan tepiannya. Alhamdulillah , longkang di sekeliling rumah saya tidak perlu lagi dibersihkan sebab airnya laju , tiada sekatan serta jernih .Ini mungkin disebabkan kedudukannya lebih rendah memudahkan air dari bukit mengalir turun .
Kami mula membersihkan longkang di blok sebelah. Barulah dikesan sarang nyamuk aedes di situ kerana airnya bertakung dan bersampah. Airnya tidak dapat mengalir sebab tiada saluran turun. Saluran disedia adalah menaik (dari bukit pertama ke bukit kedua )
Inilah punca masalah demam denggi selama 20 tahun di sini .....binaan longkangnya tidak dapat mengalirkan air, sebaliknya menakung air pula bagi nyamuk aedes membiak....Kami meminta Ahli Jawatankuasa Penduduk membuat laporan kepada Majlis Perbandaran. Kalau ada kes denggi lagi di sini, kami akan tunjuk ke arah itu.Salah siapa ?
No comments:
Post a Comment