Wednesday, April 13, 2011

EKSPERIMEN

Dalam hidup kita ini terkandung berbagai fenomena yang telah dijadikan oleh Allah . Alam yang terbentang luas dalam tiga dimensi di depan mata kita sebaiknya digunakan untuk melaksanakan eksperimen bagi  mengkaji hubungan antara faktor-faktor  yang terkandung di dalamnya .Hasil penemuannya bolehlah  diguna untuk  membantu insan membuat tindakan yang wajar terhadap segala permasalahan dan keperluan tempatan .

Berbagai kaedah boleh digunakan dalam  eksperimen  ini  samada secara saintifik atau nonsaintifik ; lisan atau bertulis ; mengguna peralatan secara maksimum , intermediate atau minimum dan sebagainya . Banyak bidang kehidupan yang boleh dieksperimenkan samada bidang  ekonomi , sains , teknologi , kemanusiaan , kerohanian dan sebagainya .

Tempoh masa eksperimen pula boleh mencakupi tempoh pendek , sederhana atau panjang yang disesuaikan dengan tujuan , kaedah dan bidang eksperimen tersebut . Pelaksana eksperimen tidak boleh beremosi , tidak boleh pesimis ; sebaliknya  perlu bersikap profesional , sabar menerima segala cerapan , tabah mematuhi segala prosedur yang ditetapkan . 

Mengapa hasil eksperimen tidak dapat membantu insan dalam melaksanakan tindakan ke arah kehidupan yang lebih harmoni ? Jawapannya terletak pada pelaksana tindakan jika tidak  bertindak secara profesional atas sebab-sebab tertentu yang tidak telus . Akan malanglah jika permasalahan  awam diketepikan kerana kepentingan tertentu . Siapa yang akan rugi ?

No comments: