Saturday, March 26, 2011

"UBAT DAN PENYAKIT"

Ada berbagai "penyakit" di dunia ini . Kesemuanya terjadi atas kekuasaan dan izin Allah . Tiada siapa mahukan "penyakit" sebab ia menjadikan hidup terbatas dan menyebabkan kita tidak dapat menjalani hidup seperti yang dirancangkan .

Usaha mencari "ubat" adalah tanggungjawab diri sendiri dengan bantuan atau sokongan individu , organisasi atau persekitaran yang berkaitan dalam hidup kita . Kesungguhan berusaha mencari penawar itu adalah penentu kepada kesembuhan "penyakit" yang dihidapi .

Kalau kita renungkan semula tentang "ubat dan penyakit" , terdapat kes-kes  di mana "ubat" yang dicari , diminta dan diperolehi tidak sepadan dengan "penyakit" yang dihidapi kerana spesifikasi yang diterjemahkan tidak tepat dengan permasalahan sebenar yang berlaku . Ini mungkin disebabkan kurang ilmu tentang fakta "penyakit ", kurang ilmu tentang terjemahannya atau kurang praktikal menentukan ketepatan penawarnya . 

Terdapat pula kes yang agak malang di mana proses mencari penawar itu diselitkan dengan agenda lain yang sukar difahami kecuali individu yang berkepentingan dalam perkara tersebut . Proses mendapatkan "ubat " cara begini adalah sia-sia kerana membazir wang dan masa kerana tidak  membantu penyembuhan . Semua kita faham , mencari penawar "penyakit" perlukan situasi dan niat yang benar-benar suci ke arah penyembuhan itu . 

Sebab itulah Islam meletakkan ilmu dan integriti di tempat tertinggi . Kegagalan menghayatinya menjadikan sesuatu perkara sukar ditunaikan oleh Allah selain daripada atas kehendakNya jua .

No comments: