Thursday, March 17, 2011

BALIK KAMPUNG

Sempena cuti semester sekolah , saya  pulang ke Johor selama empat hari tiga malam untuk bersama ibu dan menemui adik-beradik yang lain . Kami berihat di rumah usang peninggalan aruah ayah .
Langit  kelihatan mendung sebaik memasuki 
Negeri Johor , bumi kelahiran saya
Selain  Pontian , saya juga ke
Pasir Gudang menemui adik-beradik
Saya rakamkan pemandangan di rumah 
ibu yang dikelilingi pokok kelapa sawit
 Pokok bunga kelihatan kurang 
terurus di rumah usang ini
Sayur  kangkung menjalar dengan suburnya 
di dalam parit di kebun kelapa sawit ini
 Pokok kesom juga menjalar 
dengan hijaunya di tepi rumah
 Adik saya menanam  pokok nenas Sarawak 
dan nenas madu di tepi rumah
 Pokok petai ini sudah tinggi tetapi jarang berbuah
Rumpun pokok buluh di belakang rumah ibu
Pokok nenas ini pula sedang berbuah 
di tepi parit dalam kebun kelapa sawit
Kelapa sawit menjadi . Senyuman ibu melebar 
sebab  harga pasarannya memberangsangkan
Pinang tua ini ada harga juga bila dijual
Pemandangan tepi parit besar depan 
rumah ibu menghala ke laut
Parit ini menghala ke darat . Di sinilah 
saya bermain semasa kecil dulu
Kebun kelapa sawit - pokok kecil 
adalah sulaman kepada yang besar
Ini pula kebun kelapa sawit bukan 
Melayu yang luasnya kian meningkat
Pucuk pakis dipetik dari kebun belakang rumah
Buah tangan dari ibu -jeruk belimbing buluh ....
.......manisan nenas madu ........
......penyapu lidi dari pokok kelapa 
yang ditebang dikebun....
.....goreng pisang nipah muda 
untuk makan di perjalanan....
Kami  pulang semula
jam 9.00 pagi 16 Mac 2011. 
Saya rasa terlalu sebak ketika meninggalkan ibu .Airmata ini menitis lagi sebaik mengucapkan selamat tinggal . Ibu semakin tua dan kudrat semakin kurang . Saya doakan agar ibu sentiasa sihat supaya dapat meneruskan amalan dan pengabdiannya kepada Allah  setiap masa dalam mengisi usia tuanya itu .

No comments: