Sunday, February 6, 2011

SESAK

Setiap kali cuti panjang , kesesakan teruk melanda lebuhraya kita . Keadaan ini tiada bezanya daripada negara-negara lain . Namun begitu ia berlaku dalam arah-arah tertentu sahaja .

Saya rakamkan kesesakan  jam 7.00 malam pada hari Sabtu sempena cuti Tahun baru Cina 2011 dalam perjalanan ke Pulau Pinang menghantar anak-anak pulang ke kampus masing-masing .

Jalan Taiping- Kuala Kangsar menjadi 
laluan alternatif ke Ipoh dan selatan
Jalan ke Kuala Kangsar ini  selalunya lapang 
tetapi hari ini sesaknya luar biasa
Pemandangan di susur keluar Lebuhraya PLUS 
di Kuala Kangsar....kesesakan hanya arah ke selatan
Laluan kami ke Pulau Pinang sangat lapang
Indahnya tanahairku .....
Pemandangan di lebuhraya menjelang senja
Kesesakan berlanjutan hingga ke Padang Rengas

Perjalanan pulang pada waktu malam pula terpaksa kami melalui jalan alternatif  Taiping-Kuala Kangsar . Bayangkanlah bagaimana sesaknya nanti ketika anak cucu kita semakin bertambah dan bilangan penduduk negara ini meningkat menjadi dua atau tiga kali ganda ........Semua orang perlu menaiki kenderaan awam agaknya .....

No comments: