Saturday, February 19, 2011

FLORA OH FLORA......

Memerhati flora dan fauna serta  mengagumi kejadian Tuhan dapat mendekatkan diri kepadaNya . Selain berupaya menjadi terapi diri , kesemua elemen ini harus dipastikan supaya tidak pupus untuk diwariskan kepada anak cucu kita .

Pokok ini sukar mengeluarkan 
bunga kecuali cukup dibaja
Bunga ini cantik tetapi  mudah layu
Daisy - pokoknya sangat sensitif , 
perlukan naungan dan perlu disiram setiap hari
Exora - lambang keteguhan flora . Walaupun 
di tengah panas , ia menghijau dan hidup subur
Tiga tahun setelah disemai , 
akhirnya oked ini berbunga juga
Oked kampung - sudah tiga minggu 
berkembang tapi masih kelihatan bermaya,
disemai bertahun dulu , baru kini berbunga .
 Pokok ini mengeluarkan bunga 
sepanjang masa jika daunnya subur
Bunga harum malam - baunya harum 
pada waktu malam dan awal pagi .

Saya rasa pelik kesemua anak-anak saya samada perempuan atau lelaki tidak gemar kepada pokok-pokok bunga  ini , apatah lagi untuk menanam dan merawatnya . Mereka hanya menyiram sahaja tanpa mengambil tahu apa yang terjadi kepada pokok-pokok itu . Adakah ini trend anak-anak sekarang ? Atau adakah ia berlaku dalam keluarga saya sahaja ?

No comments: