Pengenalan boleh diperolehi apabila kita diuji oleh Allah . Sahabat sejati adalah sahabat yang sanggup bersama dan membantu kita dalam apa keadaan sekalipun . Sebaik sahaja kita menceritakan masalah , dia akan berusaha membantu memikirkan penyelesaiannya pada kadar segera .
Sahabat sejati tidak pernah memaksa kita bersetuju dengan pendapat tersebut . Jika kita tidak bersetuju , dia akan memberi pendapat alternatif pula yang bersesuaian dengan keperluan masa dan keadaan kita . Dia tidak akan membiarkan kita terkontang-kanting tanpa arah .
Sahabat sejati umumnya adalah sahabat yang tidak mementingkan diri sendiri dari segi idea dan kepakaran , tenaga , masa , wang ringgit dan harta benda . Dia akan bahagia jika kita gembira dan sebaliknya . Dia akan sentiasa menjaga maruah kita sebagaimana dia menjaga maruahnya sendiri .
Ciri terpenting ialah ikhlas melaksana semua hal dan tidak suka menyusahkan orang lain dengan pelbagai tekanan .Maka sahabat sejati tidak akan mengungkit pertolongan yang pernah dihulurkan walau dalam apa keadaan sekalipun . Yang jelas , dia adalah seorang muslim yang baik .
No comments:
Post a Comment