Sunday, July 4, 2010

NASIB

Memang seronok kalau dapat menjadi orang yang sentiasa  bernasib baik , Dengan segalanya  yang minima dapat memperolehi apa yang  dihajati . Tentu sekali malang bagi orang yang sentiasa kurang bernasib baik . Dengan sekelumit langkah yang tersilap , segala yang dilakukan sama sekali tidak bermakna .

Dikatakan bernasib baik  kalau membuat silap tiada siapa yang peduli . Jika tidak melakukan sesuatu tiada siapa yang endahkan . Enggan mematuh sesuatu arahan , tiada pihak yang kesah . Nama tidak pula disenaraihitamkan . Lebih bernasib baik lagi mendapat habuan pula .

Kurang bernasib baik pula apabila ada  sekelumit kesilapan , ia dijaja-jaja serata ceruk dengan nama dalam senarai hitam , disindir-sindir , diugut-ugut tentang masa depan yang akan gelap gelita . Ia dijadikan bahan sempadan dalam perbualan . Tambah malang lagi haknya dinafikan .

Itulah namanya manusia , tidak sunyi dari membuat kesilapan terhadap yang membuat kesilapan . Rupa- rupa nya ada dua kategori apabila telah melakukan kesilapan . Entah dari mana datangnya kategori=kategori  itu , tidak siapa yang tahu . Yang penting ia bukan satu pelajaran yang baik untuk diteorikan .  

Itulah konflik praktik yang terjadi dalam kehidupan hari ini . Anak-anak boleh pening kepala mencari leraian serabut  ini jika kurang tajam mata hatinya  dan kurang  berfungsi akal warasnya . Namun begitu , menjadi diri sendiri adalah langkah terbaik supaya tidak keracunan dalam menjalani kehidupan ini .

2 comments:

derilayn said...

tkar bnner ma link yukz.!!

knjungi blogku, truz tlis bannermoe d bku tamu!!

derilayn said...

http://yanuar-derilayn.blogspot.com/