Friday, July 9, 2010

KENANGAN : TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA .......

Ketika diberitahu saya perlu melaksanakan tugas itu , sayapun mengumpulkan data yang perlu dan membuat draf yang diminta . Ketika mesyuarat pertama diadakan , barulah saya sedar bahawa saya ahli tunggal perempuan dan termuda pula .

Saya berdebar-debar  meringkaskan apa yang diperolehi dan berterus-terang bahawa saya terlalu baru dalam komiti itu , tidak berpengalaman tentang pengendaliannya , kurang mahir dalam soal itu dan akan memperbaiki segala yang perlu .

Ketika jamuan , datanglah seseorang  menghampiri saya . Orangnya kacak membuatkan  hati saya berdebar , maklumlah , adat orang muda  (?) . " Nanti saya bantu awak, " katanya dengan gentleman sambil meminta draf di tangan saya  . Saya terlupa bertanya tentang dirinya kerana masih berdebar .

Seminggu kemudian , saya diminta ke kantin kerana ada orang mahu berjumpa . Sebaik tiba , dia pun keluar dari sebuah kereta mewah yang siap dengan pemandunya . Kami duduk di satu bangku dan dia memesan minuman untuk kami .

Dia membawakan saya dokumen lengkap  yang saya perlu simpan . Rupanya dia telah menyiapkan segalanya untuk saya sambil  membimbing  . Keramahannya menghilangkan debaran . Saya  jadi tidak terkata kerana terpegun ; hanya mengucapkan terima kasih . Selepas itu dia berlalu dengan pemandunya .

Saya hanya melambai tangan mengiringinya pergi  . Peliknya saya terlupa lagi bertanyakan tentang dirinya  kerana terpegun dengan kebaikan tersebut . Selepas itu ada seseorang memberitahu saya bahawa dia seorang ahli professional  dan berjawatan tinggi dalam organisasi .

Selepas itu saya tidak berjumpanya lagi  dan tugas sayapun selesai . Mungkin DIA satu dalam seribu - insan mulia yang sanggup merendah diri membantu insan lain yang memerlukannya tanpa diminta . Saya masih tidak tahu namanya kerana malu bertanya kepada orang lain . 

Namun , dari sudut hati ini , setelah sekian lama diitelan kenangan  terimalah ucapan "TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA , SEMOGA ANDA SELALU BERBAHAGIA ........"

2 comments:

nazrim said...

Insan yang begini wajar dicontohi....

Citera Alam said...

Saudara Nazrim ,
Terima kasih sebab respons . Betul tu , yang baik patut dicontohi , akan dikenang selamanya .