Tuesday, May 18, 2010

DI MANA SILAPNYA ?

Bila saya arahkan mereka membuat latihan yang telah dibincangkan , kelihatan begitu sukar untuk mereka laksanakan . Bila ditanya sebabnya , jawapannya "Saya tak tahu nak buat " . Rasa marah saya tahankan . Jelas mereka tidak fokus bila diajar .

Sambil memegang telinganya saya minta dia semak semula apa yang patut dibuat di dalam soalan latihan itu dan lakukan depan saya . Pelik pulak rasanya bila dia boleh melaksanakannya ketika saya enggan melepaskan tangan dari  telinganya .

Saya lakukan hal yang sama kepada pelajar kedua yang memberi alasan serupa . Saya dapati  dia boleh melakukannya bila telingannya tidak dilepaskan . Apakah trend paksaan ini perlu diteruskan kepada anak-anak era ini ? Usia sudah remaja tetapi perlu ditarik telinganya .

Ini adalah sesuatu yang tidak wajar tetapi lebih tidak wajar lagi apabila mereka enggan melaksanakan pembelajaran sedangkan guru sudah mencurah seluruh tenaga dan masa mengawasi disiplin pembelajaran dan melaksanakan pengajaran .

Mereka adalah kumpulan minoriti  tetapi begitu dominan di dalam kelas dengan sifat dan tingkah-laku yang sentiasa perlu dikawal . Tanpa kawalan mereka boleh menjadi racun kepada kumpulan majoriti . Itulah ragam anak muda yang membuat guru keletihan . 

Akhirnya saya mengerti bahawa kata-kata sudah tidak bereti untuk memastikan sesuatu itu dilaksanakan apabila masalah membelenggu keadaan , sebaliknya praktikkan atau paksakan sesuatu untuk berlaku boleh mengubah keadaan .

No comments: