Bagi saya nama itu semacam ada unsur Inggerisnya tetapi itulah nama sebuah kawasan di Daerah Kerian , Perak . Saya mencarinya semalam . Berdasarkan maklumat kawan-kawan , saya ke sana dengan melalui susur keluar Nibong Tebal , Pulau Pinang . Selepas melepasi tol , kami menemui simpang tiga yang tertulis dengan jelas kawasan yang dicari .
Kami terus mencari berdasarkan papan tanda . Jalannya lurus dan petunjuknya jelas . Barulah kami maklum kawasan itu bersempadan dengan Pulau Pinang dan berdekatan dengan Kedah . Akhirnya kami menemui apa yang dicari . Sambil berpusing keliling , saya merakam keindahan alam ciptaan Tuhan di situ .

Selepas merakam suasana di situ , kami pun pulang . Kami akan datang ke sini lagi pada suatu masa nanti untuk membuat urusan yang telah ditetapkan .
2 comments:
mah kau perakam alam mah...syabas
Sop,
Satu cara mendekatkan diri dengan Tuhan ialah merenungi ciptaanNya .Secara langsung menginsafkan siapalah kita berbanding denganNya .
Post a Comment