Saturday, May 9, 2009

BANDAR DIRAJA

Hari ini saya ke pekan bersama anak ketiga untuk membeli barang keperluan persekolahannya . Setelah selesai kami ke kedai berdekatan Sungai Perak di hujung pekan yang dipanggil "Lembah" untuk membeli barangan lain . Selepas itu kami meronda tepian Sungai Perak sambil mengingati kembali waktu-waktu lalu di mana anak-anak saya bersantai semasa mereka masih kecil dahulu .
Kami minum cendol dan ais kacang serta makan mee kari di gerai tepi sungai ini
Kami melalui jeti kecil ini . Terdapat sampan dan bot kecil dilabuhkan di sini .
Pemandangan Sungai Perak dari Jeti Besar . Kelihatan di kejauhan sana ialah Jambatan Sultan Abdul Jalil yang menghubungkan Bandar Diraja ini dengan perkampungan Sayong . Di tepian inilah anak-anak saya bermain semasa mereka kecil dahulu . Saya dan suami letih mengawasi mereka ketika itu .
Pondok di tepi sungai
Tempat berihat di tepi sungai dengan pemandangan gunung-ganangnya
Di seberang sungai ini adalah taman kanak-kanak tempat anak-anak saya bermain dahulu
Ini adalah titi gantung yang berdekatan Sungai Perak dan menghubungkan Laman Budaya dengan Lembah . Anak-anak saya sangat suka berdiri atas titi ini .
Ini adalah taman berdekatan Sungai Perak tempat bersantai waktu petang dan malam
Bangunan ini terdapat di persimpangan jalan menghala ke Istana Iskandariah Bukit Chandan
Air pancut ini baru siap tahun lepas . Pada hujung minggu ia menjadi tumpuan pengunjung untuk berihat sambil membawa anak-anak bersantai
Ini adalah pondok rihat di tepi air pancut .
Sejak anak-anak sudah besar , saya tidak lagi bersiar-siar ke sini , hanya membuat urusan sahaja . Hari ini hati saya teringin pula menjejaki peristiwa masa lalu sewaktu mereka kecil . Semua peristiwa itu amat manis dalam hidup saya dan sentisa berada dalam kenangan sebagai seorang ibu .

Friday, May 8, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Perhimpunan mingguan kali ini agak lama kerana diadakan pelancaran Bulan Antidadah Peringkat Sekolah di samping penyampaian hadiah di atas kemenangan pelajar dalam beberapa pertandingan .
Ini adalah pelajar tingkatan dua sedang bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku , lagu Perak , Bacaan Doa dan Lafaz Ikrar Rukun Negara .
Ucapan perasmian dan pelancaran Bulan Antidadah Peringkat Sekolah disempurnakan oleh En Azman , Pegawai Majlis Antidadah Daerah .
Pelajar-pelajar sedang mendengar ucapan perasmian Bulan Antidadah
Hadiah-hadiah ini untuk disampaikan kepada pelajar atas kemenangan mereka dalam pertandingan Lumba Perahu Sempena Keputeraan Sultan Perak , Pertandingan Petanque peringkat Daerah dan Sayembara Puisi Peringkat Daerah . Kesemuanya hadiah pertama .
Penyampaian hadiah
Saya terkejut bila pegawai antidadah tersebut membacakan statistik pelajar sekarang yang terlibat dengan rokok iaitu melebihi 90 % . Keterlibatan rokok adalah permulaan penagihan dadah . Memang sukar menghalang pelajar dari merokok sebab terjadinya kes bapak borek , anakpun rintik .........memang sukar jika berlaku seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul .........

Thursday, May 7, 2009

BANDAR DIRAJA

KU SUSURI JALANMU , BANDAR DIRAJA .......
Menjelang malam ini , ku susuri jalanmu , Bandar Diraja
Kutempuhi pasaraya ini
ku ikuti bulatan jam besar di sini
lalu ku susuri laluan diraja beraneka neon ini
kutempuhi Rumah Rihat disini
kuteruskan perjalanan mengikuti laluan diraja yang sepi ini
Akhirnya ku belok dan berhenti di sini ......sebuah kedai makan untuk makan malam sekeluarga . Itulah ceritanya duhai pembaca .......

PAMERAN SEKOLAH BESTARI

Ketika sekolah menjayakan Karnival Sains Dan Teknologi Sekolah-Sekolah Daerah baru-baru ini , satu Pameran Sekolah Bestari telah diadakan di Sekolah Menengah Besout Slim River sempena pelancaran sekolah tersebut sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar Pertama di Perak . Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia , Yang Berbahagia Dato' Haji Alimuddin bin Mohd Dom . Sebagai Sekolah Bestari Kumpulan Perintis , sekolah saya diminta mengadakan pameran bertemakan Teknologi Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Bestari .
Ini adalah himpunan gambar-gambar Teknologi P&P Sekolah Bestari di sekolah saya yang telah dipamerkan .
Gambar-gambar ini pula menunjukkan aktiviti P&P di kelas dan bilik komputer
Saya amat menghargai hasrat Kementerian Pelajaran untuk membestarikan secara beransur-ansur sekolah-sekolah di negara ini . Proses tersebut dapat membawa lebih pantas pelajar kita di serata pelusuk tanah air dapat bersaing di peringkat global . Namun begitu saya amat bersimpati kepada sekolah-sekolah di luar bandar yang kekurangan kemudahan asas bagi mempraktikkan proses ini . Kita berharap agar masalah ini dapat di atasi secepat mungkin .

Wednesday, May 6, 2009

KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI HARI KEDUA

Hari ini karnival disambung lagi untuk hari kedua. Pada awal pagi hujan telah turun tetapi berhenti menjelang siang. Lega rasanya bila cuaca cerah sebab Pertandingan Dapur Solar dan Kereta Solar dapat dijalankan.
Pertandingan Inovasi Sains Dan kejuruteraan dijalankan di Makmal Biologi. Hanya lima buah sekolah sahaja mengambil bahagian. Olehkerana saya bertugas sebagai Penyelaras Karnival, saya tidak menjadi hakim kali ini. 
Ada pasukan menggunakan komputer dalam penjelasannya 
Pertandingan Kereta Solar yang diminati oleh kebanyakan pelajar lelaki diadakan di dataran sekolah. 
Kelihatan satu pasukan pelajar sedang melancarkan kereta solarnya, macam mainan kanak-kanak kelihatannya. 
Pertandingan Dapur Solar juga diadakan di dataran sekolah. 
Ini adalah pasukan Dapur Solar sekolah saya. Dapur Solar mereka menjadi juara lagi dan akan mewakili daerah ini di peringkat negeri. 
Pertandingan Amali Sains Sekolah Rendah dijalankan di Makmal Fizik. Pertandingan ini paling lewat selesai kerana kekurangan hakim dan pertambahan bilangan sekolah yang mengambil bahagian. 
Pertandingan Amali Sains Sekolah Menengah pula diadakan di Makmal Kimia. 
Setelah segalanya selesai, maka berakhirlah tugas saya sebagai Penyelaras Karnival kali ini. Selain letih mental dan fizikal serta beberapa kali terpaksa meninggalkan kelas P&P, sebenarnya saya tidak mendapat apa-apa walaupun sekeping sijil. Namun satu perkara amat berharga yang telah saya perolehi ialah kepuasan diri kerana dapat melepasi tahap keupayaan diri yang tidak boleh ditukar ganti serta dijual- beli. Itulah adanya .......

Tuesday, May 5, 2009

KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI DAERAH

Hari ini bermula Karnival Sains & Teknologi Sekolah-sekolah Daerah . Ini berjaya dimulakan pada hari ini setelah dua kali mesyuarat induk , sekali mesyuarat teknikal , tiga kali perbincangan dengan PPD dan diakhiri dengan taklimat ringkas kepada guru-guru sekolah saya sebagai tuan rumah .
Pendaftaran diuruskan di depan dewan sekolah
Kawalan lalu lintas dibantu oleh ahli kadet polis sekolah
Pertandingan roket diadakan di padang sekolah . Gambar menunjukkan bangunan sekolah saya yang dirakam dari padang sekolah .
Urusetia , hakim dan peserta sedang mencuba roket untuk sasaran
Sebanyak 18 buah sekolah mendaftar bagi pertandingan pelancaran roket ini
Pertandingan EUREKA diadakan di dalam dewan sekolah (sekolah rendah) . Hanya dua buah sekolah telah mengambil bahagian .
Ini adalah hasil eureka yang selesai pada sebelah petang
Ini adalah hasil eureka sekolah lain pula
Urusetia makanan sedang mengagihkan bungkusan makanan dengan dibantu oleh pelajar
Pameran Kesihatan telah diadakan di dalam dewan
Pameran mencegah penyakit juga diadakan di dalam dewan
Pasukan dari SM Teknik yang mempamerkan inovasi filter yang pernah menjadi naib johan dalam inovasi kebangsaan
Esok adalah hari paling sibok kerana pertandingan penuh dilangsungkan . Saya pun sibok juga membantu perjalanan karnival ini . Apa yang saya banggakan ialah guru-guru sekolah saya telah bekerja dalam semangat sepasukan untuk menjayakan karnival ini . Saya harap ini dapat dikekalkan dan diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu-cikgu semua . Jasa anda amat dihargai .

Sunday, May 3, 2009

SUASANA MALAM DI KUALA PERLIS

Keadaan malam di hadapan Hotel Putra Brasmana di Kuala Perlis seperti hidup pada waktu malam . Berduyun-duyun pengunjung ke gerai di pesisir pantai di hadapan hotel itu untuk menjamu selera sambil menikmati kesegaran bayu laut . Deretan kenderaan yang memenuhi setiap ruang membuktikan bahawa kawasan itu sedang padat dengan pengunjung .
Pengunjung juga ke gerai jualan barangan tempatan Perlis di depan hotel .
Persekitaran hotel bermandi cahaya pada waktu malam
Kelihatan deretan bas dan kereta memenuhi ruang di tempat meletak kenderaan yang penumpangnya ke Langkawi di Kuala Perlis ini .
Pemandangan tepi laut pada waktu malam di Kuala Perlis serta deretan gerai makan yang menggamit pengunjung tetapi saya sekeluarga tidak ke gerai itu . Kami hanya memesan makanan dari gerai yang disediakan oleh hotel pada awal malam .
Kesemua gambar ini diambil dari beranda hotel . Pada waktu siang , kawasan ini seperti sebuah pekan yang mati sebab tiada lagi pengunjung , penjual dan tiada lagi deretan kenderaan pelanggan . Ia kelihatan ....sangat sepi......

BERCUTI KE PERLIS

Sempena cuti hujung minggu tiga hari , saya sekeluarga bersama keluarga kakak ipar telah bercuti ke Perlis pada 1 Mei - 3 Mei yang lalu . Anak sulung saya telah selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun dua universitinya di Perlis . Kami ke sana untuk membawanya pulang sebelum dia ke UUM bermain ragbi dalam sukan antara universiti .
Kami menempah tiga bilik di Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis untuk menginap selama dua malam .
Kami sempat ke Kompleks Bebas Cukai di sempadan Thailand dan kemudiannya singgah di Bazaar Padang Besar untuk menjamu mata serta membeli buah tangan Ada juga kami menyusuri pantai di perkampungan Sanglang untuk menyedut udara segar
Malamnya kami berihat di bilik hotel . Suami saya membawa laptop sambil menyiapkan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Matematik Tambahannya .
Ini adalah pemandangan malam depan hotel . Ada gerai jualan barangan tempatan pada waktu malam . Ramai pengunjung ke hotel ini kerana disediakan hiburan dari penyanyi tempatan Perlis
Akhirnya saya ke Kolej Kediaman Universiti di Wang Ulu untuk mengambil barangan anak saya serta membawanya pulang
Saya singgah di gerai di tepi jalan untuk membeli mempelam Perlis semasa perjalanan pulang
Saya rasa berpuas hati kerana dapat berkumpul sekeluarga dalam percutian ini . Walau tidak hebat dan menarik tempat yang dituju , sekurang-kurangnya kami dapat bersantai bersama pada hujung minggu itu walaupun ...letih .....