Hari ini karnival disambung lagi untuk hari kedua. Pada awal pagi hujan telah turun tetapi berhenti menjelang siang. Lega rasanya bila cuaca cerah sebab Pertandingan Dapur Solar dan Kereta Solar dapat dijalankan.
Pertandingan Inovasi Sains Dan kejuruteraan dijalankan di Makmal Biologi. Hanya lima buah sekolah sahaja mengambil bahagian. Olehkerana saya bertugas sebagai Penyelaras Karnival, saya tidak menjadi hakim kali ini.
Kelihatan satu pasukan pelajar sedang melancarkan kereta solarnya, macam mainan kanak-kanak kelihatannya.
Ini adalah pasukan Dapur Solar sekolah saya. Dapur Solar mereka menjadi juara lagi dan akan mewakili daerah ini di peringkat negeri.
Pertandingan Amali Sains Sekolah Rendah dijalankan di Makmal Fizik. Pertandingan ini paling lewat selesai kerana kekurangan hakim dan pertambahan bilangan sekolah yang mengambil bahagian.
Setelah segalanya selesai, maka berakhirlah tugas saya sebagai Penyelaras Karnival kali ini. Selain letih mental dan fizikal serta beberapa kali terpaksa meninggalkan kelas P&P, sebenarnya saya tidak mendapat apa-apa walaupun sekeping sijil. Namun satu perkara amat berharga yang telah saya perolehi ialah kepuasan diri kerana dapat melepasi tahap keupayaan diri yang tidak boleh ditukar ganti serta dijual- beli. Itulah adanya .......
No comments:
Post a Comment