Semasa menanti ketibaan waktu solat maghrib, inilah rupa alam di luar jendela saya. Saya rakamkan wajah alam ciptaan Tuhan ini untuk diabadikan dalam blog ini.
Selepas bersarapan pagi, kami menikmati udara pagi yang segar di Pesisir Sungai Kerian. Memang mendamaikan minda apabila memandang air yang jernih disinar suria pagi. Inilah rakaman saya sempena cuti umum Wesak tahun ini.