Saturday, September 21, 2013
Friday, September 13, 2013
Fitnah Di Alam Siber : Penghakiman
Hakim berkata "....mahkamah mendapati perkara memuatkan artikel yang berunsur fitnah dalam
sesawang internet telah berleluasa dan ada beberapa pihak yang tidak
bertanggungjawab seperti defendan yang bermaharajalela di alam siber,
bersembunyi di belakang tirai nama samaran atau ‘anonymity’ untuk
menulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa mempedulikan kesan akibat
penulisan mereka".
"... mahkamah mengambil serius terhadap gejala negatif ini yang telah menular
tanpa batasan sejak akhir-akhir ini dan sekiranya tidak dibendung dan
dibanteras akan merosakkan ‘social fabric’ masyarakat yang berpotensi
menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara".
"... “Dengan ini, saya mahu penghakiman yang diberikan diambil sebagai satu
teladan kepada defendan dan juga semua pengguna internet supaya mereka
tidak menyalahgunakan kemudahan ini".
"... Sekiranya disalahgunakan, mahkamah akan mengambil pandangan yang amat
serius, seperti pepatah “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh
ke tanah juga” dan sepandai-pandainya defendan menyembunyikan diri
dengan nama samaran, akhirnya telah didedahkan melalui ‘footprint’ yang
beliau tinggalkan di alam siber,” tegasnya.
Pengajarannya : Fikir-fikirkanlah apabila mahu "membaling batu sembunyi tangan" , ada orang yang cedera terkena batu itu sedangkan dia tidak sepatutnya dibaling batu.
Subscribe to:
Posts (Atom)