Dalam hidup seharian, kita mungkin pernah merasa tidak boleh rapat dengan seseorang yang telah lama dikenali sedangkan tiada kesalahan yang dibuat oleh kedua-dua pihak atau tiada sebab khusus mahupun isu panas yang timbul dalam perhubungan tersebut. Senyumannya yang ceria terasa pahit bagai hempedu. Mungkin inilah yang dikatakan tiada aura dalam perhubungan itu.
Dalam waktu lain pula kita tiba-tiba tertarik kepada seseorang yang baru ditemui yang langsung tidak diketahui asal-usul dan hati budinya. Pandangannya seolah-olah menarik hati kita untuk merapatinya dan berkongsi cerita dan ehwal semasa. Tanpa senyuman yang terukir pun boleh membuatkan kita merasa terhibur bila dia muncul di depan mata. Mungkin ini pula dikatakan ada aura dalam perhubungan itu.
Soal hati dan perasaan.......memang tiada siapa yang dapat mengawalnya. Itulah kehendak Allah terhadap kita, hambaNya yang lemah yang kadang-kadang keluar dari jangkauan rasionalnya.Contoh ini boleh menjebakkan kita ke dalam sesuatu masalah sekelip mata. Ini boleh terjadi apabila kita tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan atau kepakaran di depan mata sebaliknya tertarik kepada seseorang yang tidak pasti lagi kejujurannya.
Mungkin ini adalah satu daripada jutaan contoh kejadian yang dikatakan tidak rasional . Orang lain mungkin tidak dapat memahaminya, malah pelakunya pun mungkin tidak dapat menerangkannya kerana jawapannya ada di satu sudut hati yang sangat dalam. Itulah kesukaran dalam berurusan bila terlibat soal hati dan perasaan....
No comments:
Post a Comment