Tiba di hotel penginapan di Kuala Perlis pada pukul 4.00 petang lalu berihat
Pemandangan waktu petang Kuala Perlis dari Putra Brasmana Hotel
Pemandangan matahari terbenam di Kuala Perlis dari Putra Brasmana Hotel
Melalui laluan imigresen ke sempadan Thailand pada 25 Januari 2009
Membeli buah tangan di kompleks bebas cukai di sempadan Thailand
Saturday, January 31, 2009
Friday, January 30, 2009
MUSIM BUNGA TIBA LAGI
Daisy kuning yang sedang berputik
Setiap tahun didapati pokok bunga daisy yang saya tanam di dalam pasu di depan rumah akan berbunga menjelang Tahun Baru Cina . Begitu juga bunga lain yang seumpamanya yang telah pupus dari koleksi di rumah . Saya pun terfikir agaknya musim bunga bagi pokok daisy adalah mengikut kalendar orang Cina ataupun ketika itu cuaca ( haba dan cahaya ) sangat optimum bagi pembungaan pokok tersebut . Itulah kuasa Tuhan , sungguh tepat putarannya dan sungguh istimewa kejadianNya . Saya cuma perhatikan sahaja sebab ia berada di depan mata .
Saya sedang mencari formula bagi pokok oked untuk berbunga . Oked yang saya tanam sangat liat untuk berbunga . Oked yang berbunga cuma yang bunganya kecil-kecil sahaja . Ketika pulang dari sekolah dan melalui kawasan perumahan di pinggir pekan , saya dapati pokok oked di rumah yang saya lalui berbunga dengan cantik dan suburnya . Pokok oked tersebut agak tinggi dan kawasan persekitarannya banyak pokok tinggi . Pokok oked di rumah saya masih rendah dan kawasan sekitar rumah saya tiada pokok tinggi .
Saya kena sabar menunggu pokok oked saya tinggi . Tapi bagaimana faktor pokok tinggi itu ? saya sedang memikirkannya . Rumah kecil dan kawasan sempit yang saya miliki mempunyai kurang peluang untuk hal tersebut , tetapi saya akan cuba fikirkannya lagi . Saya tidak begitu percaya dengan baja di pasaran sebab tidak berkesan . Saya yakin dengan faktor persekitaran untuk pembungaan .
Saya tidak mahir dalam tanaman bunga tetapi saya berminat menanamnya dalam mengisi ruang masa yang ada . Selain itu saya gunakan minat ini untuk terapi mata dan fikiran . Bila melihat kehijauan dan warna-warna ceria pokok-pokok bunga , lapang fikiran dibuatnya . Lupa seketika tentang urusan kerja .
Sunday, January 18, 2009
Dilema Ibubapa
Semasa anak-anak meningkat remaja ibubapa selalu khuatir tentang mereka . Kalau diberi perhatian penuh , mereka kata ibubapa mengongkong . Kalau dibiarkan , bimbang pula tersilap langkah . Walau bagaimanapun , mereka adalah tanggungjawab penuh ibubapa .
Pernah terjadi remaja terbercinta dengan teman lelaki di sekolahnya . Akibat bimbang terjadinya hubungan yang terlarang , ibubapa menukarkannya ke sekolah lain yang jauh supaya hubungan terputus . Ibubapa memang sudah tidak bimbang lagi , tetapi anaknya memberontak , sentiasa buat perkara yang memeningkan kepala . Dia buat masalah di sekolah baru .
Masalah tidak selesai juga . Susah dibuatnya . Bagi mengekang kemungkinan ini , saya berusaha untuk sentiasa bersama anak-anak . Suami akan menghantar dan menjemput pergi dan pulang sekolah . Saya jadikan mereka sebagai kawan . Kami pergi membeli-belah bersama . Jika keluar rumah kami akan keluar bersama-sama . Kami tidak melarang mereka berkawan tetapi biarlah aktivitinya betul sebagai pelajar . Bila ada cuti panjang kami pergi bercuti bersama . Kami akan menasihati mereka supaya sentiasa beringat dan tidak mengabaikan pelajaran . Saya rasa dengan cara bertukar-tukar fikiran , kita boleh menyelami hati dan fikiran mereka . Segala masalah yang timbul perlu diceritakan kepada ibubapa . Jelas sekali pendapat mereka tidak sama dengan pendapat orang tua . Mereka mengambil mudah tentang kehidupan ini . Jadi , mereka perlu dibimbing selalu . Letih juga membimbing mereka sebab terdapat perbezaan pandangan dan pendapat . Apa yang penting ialah kami mahu mereka berjaya melayari kehidupan di dunia dan diredhai Allah supaya sejahtera kehidupan di akhirat . Sebagai manusia , kita hanya boleh merancang dan berusaha . Allah penentu segalanya .

Saturday, January 17, 2009
Indahnya Negeriku...
Sementara pelajar bergerak ke lokasi permulaan merentas desa , kami berempat mengambil kesempatan minum pagi di Rumah Rihat Daerah . Kami berada di tingkat satu dan duduk di meja menghadap sungai dan bukit . Di bawah sana adalah laluan diraja menuju ke istana. Sesekali pada hari cuti saya dan suami akan berjogging pada waktu pagi di laluan itu . "Alangkah indahnya negeriku ini " bisik hati saya . Dengan suasana pagi di mana matahari sedang menunjukkan wajahnya kami bersarapan di situ . Seperti biasa , saya cuma minum sahaja sebab sudah mengambil sarapan di rumah . Sebelum ini saya sekeluarga ke tempat itu pada waktu malam dan pemandangannya tidak seindah pagi ini .
Walaupun saya bukan anak kelahiran negeri ini , saya terpikat dengan kehidupan dan keindahannya . Penduduknya yang mesra dan mudah menerima orang luar seperti saya menyebabkan saya bahagia berada di sini . Perbezaannya dengan kampung dan daerah saya ialah di sini ada bukit-bukau tetapi di daerah saya hanya tanah rata di penuhi komoditi negara (getah , kelapa dan kelapa sawit) Walau bagaimanapun , saya berpegang kepada pepatah "di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung " kerana tempat bagi seorang isteri adalah di sisi suami .
Friday, January 16, 2009
Cemerlang
Personaliti Ibubapa Yang Cemerlang
(Petikan entri Cikgu Mala)
1.Mempunyai matlamat yang jelas
2.Tegas
3.Berakhlak mulia
4.Mengambil berat terhadap keluarga
5.Komitmen yang tinggi
6.Berketrampilan dalam pelbagai bidang
7.Yakin terhadap diri sendiri
8.Konsisten dalam melakukan sesuatu
9.Pemikiran yang kreatif dan positif
10.Boleh diharap
11.Sentiasa bertenaga
12.Sentiasa bersemangat
13.Mudah mesra dan penyayang
14.Sentiasa bekerja kuat dan smart
15.Kejujuran dan keikhlasan
16.Merendah diri
17.Sentiasa menjaga harga diri / maruah
18.Bijaksana
19.Pengasih dan penyayang
20.Bermotivasi tinggi
21.Optimistik
22.Mempunyai perancangan yang rapi
23.Gigih
24.Kepantasan bertindak
25.Imej diri yang cemerlang
26.Mempunyai kemahiran berkomunikasi
27.Pandai bergurau
28.Berdoa dan mendoakan
Terima kasih , cikgu Mala...
2.Tegas
3.Berakhlak mulia
4.Mengambil berat terhadap keluarga
5.Komitmen yang tinggi
6.Berketrampilan dalam pelbagai bidang
7.Yakin terhadap diri sendiri
8.Konsisten dalam melakukan sesuatu
9.Pemikiran yang kreatif dan positif
10.Boleh diharap
11.Sentiasa bertenaga
12.Sentiasa bersemangat
13.Mudah mesra dan penyayang
14.Sentiasa bekerja kuat dan smart
15.Kejujuran dan keikhlasan
16.Merendah diri
17.Sentiasa menjaga harga diri / maruah
18.Bijaksana
19.Pengasih dan penyayang
20.Bermotivasi tinggi
21.Optimistik
22.Mempunyai perancangan yang rapi
23.Gigih
24.Kepantasan bertindak
25.Imej diri yang cemerlang
26.Mempunyai kemahiran berkomunikasi
27.Pandai bergurau
28.Berdoa dan mendoakan
Terima kasih , cikgu Mala...
Tuesday, January 13, 2009
Keseimbangan Alam Dan Manusia
Allah jadikan dunia ini cantik dan harmoni sebab diwujudkan keseimbangan alam. Dalam tubuh kita sendiri wujud berjuta keseimbangan: ada kiri ada kanan, ada luar ada dalam, ada atas ada bawah, ada tebal ada nipis, ada kecil ada besar, ada panjang ada pendek dan lain-lainnya. Sistem tubuh akan terganggu jika kita ubah keseimbangan semulajadi ini.
Gangguan selalunya dalam bentuk fizikal, mental, psikologi dan lain-lainnya. Begitu juga kehidupan manusia di sekeliling kita, ada berbagai rupa, bentuk, sifat, ciri yang berbeza. Perbezaan inilah yang menjadikan kehidupan kita berwarna-warni dan ceria. Ada manusia yang pandai ada yang kurang pandai, ada yang cantik ada yang kurang cantik, ada yang baik ada yang kurang baik. Campuran ini menjadikan keseimbangan wujud dalam kehidupan.
Begitu teratur kejadian Allah. Tetapi keseimbangan ini boleh terganggu oleh faktor manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini. Kerana tamak, manusia cuba memonopoli sesuatu dengan cara yang salah tanpa memikirkan hak orang lain. Kerana hendakkan sesuatu yang luar biasa, manusia sanggup membuat perkara-perkara yang menyalahi tabii kehidupan. Kerana hendakkan kemasyhuran, manusia sanggup membuat aksi-aksi bahaya tanpa memikirkan keselamatan diri dan orang lain.
Mungkin pendidikan keseimbangan perlu diajar kepada setiap warga negara supaya menjadi manusia yang seimbang dan bahagia kehidupannya baik di dunia mahupun di akhirat. Keseimbangan ini perlu diwujudkan supaya tidak timbul kejadian yang menyusahkan alam dan manusia.

Saturday, January 10, 2009
Pasangan Yang Unik
Kalau kita ke luar sana, macam-macam keunikan yang Allah kurniakan dalam kehidupan manusia yang berpasangan. Keunikan itulah menjadikan hidup kita dipenuhi dengan warna-warni dan keceriaan.
Ada pasangan yang suaminya pendiam sangat, tapi isterinya suka bercakap. Di satu situasi lain pula ada pasangan yang berkomunikasi menggunakan bahasa berbeza; suami guna Bahasa Melayu dilayan bercakap oleh isteri menggunakan Bahasa Inggeris.
Ada pula pasangan di mana isteri suka makan tempoyak manakala suami suka makan burger. Dan ada juga terdapat isteri sangat suka bergaya tetapi suami sangat tidak kisah dengan penampilan diri. Apa yang dilihat di sini ialah pasangan ini menerima seadanya antara satu sama lain , tanpa perlu banyak soal.
Hidup perlu diteruskan. Kebahagiaan perlu dikecapi. Tak perlu terlalu cerewet tentang perbezaan yang sedia ada. Dalam zaman ini kalau terlalu berkira dan cerewet tentang perbezaan pasangan, tak ke mana sudahnya. Yang dikendong boleh berciciran , yang dikejar tak dapat sedangkan masa terus berlalu meninggalkan kita . Bila tua nanti menyesal sendiri dek diri yang ego tak bertempat.
Carilah kebahagiaan di hati , bukan di mata...

Wednesday, January 7, 2009
Dunia Malam
Jam baru menunjukkan pukul 11.00 malam. Persekitaran telahpun sunyi sepi. Anak bongsu telahpun dibuai mimpi tapi kakak-kakaknya belum tidur lagi. Sebentar lagi sayapun akan diulit mimpi.
Inilah kehidupan malam persekitaran saya. Saya bersyukur sebab mempunyai jiran-jiran yang menghormati malam, satu waktu untuk berihat setelah penat bekerja pada siang hari. Yang seronoknya ialah kesemua jiran di blok saya merupakan pendidik.
Pada waktu begini saya teringat kehidupan malam saya sepanjang hidup ini. Yang jelas ialah saya bukan penunggu malam. Saya pasti akan tidur sebelum menjelang tengah malam. Ini adalah didikan ibu di kampung serta warden asrama tempat saya belajar dulu. Saya patuh nasihat ibu supaya tidur awal. Saya ikut nasihat warden asrama supaya ikut peraturan waktu tidur dan tidak buat agenda larut malam. Saya terbawa-bawa disiplin ini diperingkat universiti hingga sekarang.
Tidur awal dan bangun awal sebelum subuh adalah rutin kesihatan yang baik. Bila menghadiri kursus yang padatpun saya akan pastikan disiplin ini dipatuhi. Saya rasa cergas dan segar bila dapat mematuhinya.
Sepanjang kerjaya ini, hanya satu kursus lalu yang telah mengganggu kesihatan saya akibat tidak dapat mematuhinya iaitu Kursus Bina Negara di Gunung Raya, Langkawi pada tahun 1991. Agenda malam sepatutnya berakhir pada jam 11.00 malam, tapi terlarut-larut hingga jam 1.00 pagi atas alasan meniup semangat patriotik kepada para peserta yang terdiri daripada guru sekolah berasrama penuh dari seluruh negara.
Siangnya pula ada aktiviti fizikal. Hari demi hari dan malam demi malam selama lapan hari melaluinya, kesihatan saya sedikit terganggu. Bila pulang ke rumah, saya jatuh sakit lalu berihat di rumah. Terdapat juga peserta lain seperti saya. Dengan suasana hutan dan aktiviti ala tentera, saya rasa agak tertekan.
Di antara aktiviti kami ialah meredah hutan dan menuruni bukit mengguna tali. Walaupun saya boleh menerimanya dengan tabah, tetapi fizikal tidak dapat bertahan lama. Walau apa pun saya telah melaluinya tanpa apa-apa masalah disiplin.
Satu perkara yang sangat mengerikan saya ketika bergelar penuntut di asrama dan mahasiswi di universiti dulu ialah apabila terbuka mata sebelum jam empat pagi, saya akan merasa sayu, pilu, resah, gelisah kerana mengenangkan nasib diri yang belum menentu.
Mungkin ini disebabkan saya terlalu memikirkan tentang masa depan, sebab itulah hal itu datang secara automatik. Jadi sekarang, saya faham perasaan seorang yang bergelar penuntut yang resah, gelisah dalam senyum...

Saturday, January 3, 2009
Asas Kejayaan Anak-Anak
Mengikut tulisan Prof. Madya Dr Rusinah Siron (Universiti Tenaga Nasional) - Utusan Malaysia , 3 Jan 2009 ms 10- ,
Pelajar cemerlang PMR mempunyai pendekatan berikut:
a.Tidak selalu ponteng kelas
b.Ikuti P&P di kelas dengan teliti
c.Belajar secara konsiten
d.Buat latih-tubi berterusan
e.Rehatkan fikiran dengan menyertai aktiviti sekolah
f.Patuh kepada ibu bapa
g.Ibu bapa menerapkan nilai murni
h.Ibubapa memberi makanan berkhasiat
i.Ibubapa tidak menggunakan kata-kata kurang elok
j.Ibubapa tidak memukul
k.Berusaha dan berdoa
Ibubapa dan pelajar boleh jadikan senarai ini sebagai contoh untuk diikuti . Kita memerlukan cerdik pandai negara yang sihat dan berintegriti . Ia perlu disemaikan diperingkat sekolah lagi .

Thursday, January 1, 2009
Azam Tahun Baru 2009
...Tak Mahu Jadi Macam Lilin... Kalau jadi macam lilin , diri lebur akhirnya tak dapat berbakti lagi ...Nak Jadi Macam Bulan... Kalau jadi macam bulan , dapatlah menyuluh alam kelam namun sinar kurang berkesan . ...Nak Jadi Macam Matahari... Kalau jadi macam matahari , sinar terang , sumber tenaga , boleh berbakti dengan efektif. Lilin , Bulan , Matahari berbakti dengan caranya sendiri . Jadilah diri sendiri yang Allah kurniakan akal untuk berfikir , pancaindera untuk berusaha , kudrat untuk beribadat dan lain-lainnya...Pastikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam . Biasakan Yang Betul Dan Betulkan Yang Biasa . Selamat Menyambut Tahun Baru 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)