Monday, January 31, 2011

CATATAN DIDIKKU

Masa terus berlalu . Yang lepas telah ditinggalkan . Hari-hari mendatang dihadapi dengan penuh azam dan semangat yang padu untuk berjaya . Anak-anak didik terus diasuh untuk menyiapkan diri menghadapi cabaran yang sedia menanti .
Motivasi Tingkatan 3
"PMR 2011  cemerlang . 
Laungkan  Kita boleh ..." , kata Kaunselor .
Bacaan senyap pagi Jumaat "Saya mahu semua 
pelajar  membaca..." kata PK 1
"Mata fokus kepada buku , " kata PK HEM .
Motivasi Tingkatan 5  : "Lihatlah kedaifan rakyat 
di sesetengah negara lain . Janganlah kita kelak menjadi 
seperti itu ....., " nasihat Kaunselor
"Berusahalah bersungguh-sungguh dan 
jadilah  insan yang bersyukur , ' katanya lagi .
 "Yang duduk di belakang tu tegakkan badan 
di kerusi supaya selesa dan tak terlena , " kata cikgu Matematik .
"Kamu perlulah aktif menyertai kokurikular supaya 
mendapat skor tinggi untuk diisi dalam borang 
ke IPT ," kata PK Koku

Itulah permata negara yang perlu digilap setiap masa dalam usia remajanya . Semoga mereka kelak akan berjaya menggenggam bintang yang berkerlipan di mana sinarnya menerangi alam manusia ini .

Wednesday, January 26, 2011

CORAT-CORET

Hari Rabu , jam 7.30 pagi , di Dataran SMK Clifford .
" Dengarlah wei , cikgu suruh buat apa tu ......."
"Kita kena leading . Kalau tidak malu kita nanti...."
"Aku tak boleh nakal-nakal lagi lepas ni ...."
"Tegakkanlah barisan tu ...."
"Kontigen kita boleh masuk iklan sabun kan  ...." 
"Lepas ni kita kena pakai kasut hitam . Puteri-puteri tu  asyik dok tengok kaki kita ajer..."

Saturday, January 15, 2011

INILAH MASANYA.....

Memandang setiap wajah itu ..... inilah masanya bagiku membentuk mereka menjadi "manusia" -  modal insan yang "survive" dan hamba Allah yang soleh . Mereka baik-baik walaupun satu dua racun terselit antara mereka . Tanggungjawab : racun  ini akan kuusahakan   menjadi penawar . Gagal atau jaya bukan persoalannya . Apa yang penting aku ada jawapannya bila ditanya di kemudian hari .

Inilah masanya ..... peluang mengasah minda , memupuk semangat , membina impian murni bagi kehidupan masa hadapan mereka , mengasak  tabiat buruk ditinggal demi pengabdian diri kepada Dia yang Maha Esa . Mereka diperingatkan pelapis khalifah di Bumi Allah ini bagi mengurus alam dan manusia . Mereka dipupuk  membina tanggungjawab diri yang mantap demi cabaran yang sedia menanti .

Inilah masanya ..... aku menyedari  bila bintang-bintang telah berada di genggaman mereka kelak , sinarnya bukan buat diriku . Aku bukanlah sesiapa lagi ketika itu ,  sekadar tukang gilap bintang itu di masa lalu yang akan  ketepi dan diketepikan  begitu sahaja . Kadang-kadang sayu tetapi tiada guna dikisahkan perasaan itu lagi kerana ia sudah tidak dikisahkan atau bernilai bagi orang lain . 

Inilah masanya ....... aku mohon dariMu Tuhanku  agar beriku  hidayah untuk menjadi penggilap yang Kau redhai . Sesungguhnya aku sentiasa mencari erti menjadi hambaMu yang mengenal diri dan penciptaNya .......

Friday, January 7, 2011

SELINGKAR KISAH ANAK MUDA

"Sekiranya kita benar-benar ikhlas mencintai seseorang, lepaskanlah dia pergi. Sekiranya benarlah dialah jodoh buat kita, maka Allah sendiri akan pulangkan dia kepada kita"..... 

Itulah nasihat  seorang anak muda kepada seorang anak muda  lain yang sedang melalui saat sukarnya :  kecewa bercinta dan kecundang dalam pelajaran . Sebagai seorang muslim , sewajarnya dia dinasihati supaya redha terhadap taqdir yang telah menimpa dirinya . Dia  juga harus diperingatkan tentang kebesaran Allah yang memungkinkan untuk segalanya terjadi .

Kekecewaan tidak harus menjadi sebab untuk seseorang itu patah semangat dan terus jatuh ke jurang yang dalam ; sebaliknya ia adalah titik awal ke destinasi kecemerlangan . Individu lain mempunyai tanggungjawab untuk membantu  memotivasikannya supaya dia terus bangun dan berlari lebih pantas . Tidak mustahil baginya  lebih berjaya daripada insan yang pernah mengecewakannya .

Taqdir yang diterima dengan penuh keinsafan dan keimanan akan dapat mendekatkan diri kepada Allah . Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta tidak akan menzalimi hambaNya . Apa yang dilalui hanyalah satu ujian atau dugaan awal sebelum dianugerahkan kecemerlangan di dalam bentuk yang lain pula . Kejayaan melepasi ujian itu akan membolehkannya menikmati kecemerlangan berikutnya .

Apa yang sangat diharapkan ialah anak-anak muda muslim akan menjadi seorang sahabat yang baik , mendekati sahabatnya yang bermasalah dengan cahaya keimanan serta motivasi yang mengkobarkan semangat supaya mereka dapat tegak kembali membina masa depan yang gemilang . Ini sangat penting dalam menjana tamaddun yang kukuh kerana anak muda masa ini adalah pemimpin masa hadapan . 

Carilah kejayaan dan kegemilangan dalam erti yang sebenar ........

Wednesday, December 29, 2010

PARIT BUNTAR

Saya sering melalui pekan ini dan masih mencari suatu kelainannya daripada pekan-pekan yang lain . Ketika berhenti makan tengahari di satu gerai di tepi sungai , saya menemui kelainan itu iaitu  makanannya .....Masakan pajeri  nenas dan asam pedas ikan keli .....terasa resepi tradisionalnya . Saya harap ia tidak diubah mengikut peredaran  masa dari segi ramuan-ramuannya . Kalau hendak diubah , biarlah keadaan gerainya sahaja supaya kelihatan canggih , tidak pada resepi aslinya .

Saya sempat merakam pandangan  laluan  pekan ini sebagai kenangan .
Lobi  Parit Buntar Inn
Berihat seketika di sini
Salah satu  pemandangan di Parit Buntar Inn
Parit Buntar Inn menggamit pelancongnya
Bangunan kerajaan di depannya
Salah satu bulatan di Parit Buntar
Deretan kedai lamanya
Tepian sungainya
Pejabat HEP sebuah IPTA di Parit Buntar
Suasana kampusnya yang menghijau
....menyejukkan mata memandang
Bangunan asrama siswa/siswinya

Wednesday, December 22, 2010

Perlis Indera Kayangan

Kesempatan mengunjunginya telah saya gunakan untuk merakam laluan-laluan ini sebagai kenangan .
Mendung .... menyambut ketibaan kami
Cangloon-Kuala Perlis - melalui sawah padi yang menghijau
Persimpangan Kuala Perlis-Kangar
Menginap di Sri Garden ....terletak Bandar Kangar
Suasana di lobinya
 Deluxe superior untuk 4 orang ....selesa
Walaupun hotel bajet tapi perkhidmatannya memuaskan
Pejabat MARA di sebelahnya
Suasana di persekitaran Sri Garden
Salah satu bulatan di Bandar Kangar
Bangunan di sekeliling bulatan besarnya
Pemandangan berhampiran persimpangan ke Padang Besar
Hari berikutnya di Sea View Kuala Perlis
Hotel bajet juga - Suasana Bilik Standardnya
Air Terjun di halamannya
Dewan makan Sea View : kami sekeluarga bersarapan di sini
Padang Dato' Sheikh Ahmad Kangar
Dijalankan  latihan woodball di sini
Puluhan bas IPTA - berlansungnya Pesta Kebudayaan IPTA pada hari itu
Taman berhampiran padang
Suasana di tamannya
 Suasana sungai berhanpiran padang

Wednesday, December 15, 2010

LUMUT

Sudah lama saya tidak ke mari . Entah kenapa tiba-tiba tergerak hati untuk ke sini apabila anak-anak mengajak bersiar-siar .Banyak perubahan yang berlaku . Sambil  menikmati  hembusan bayu laut di petang yang damai berdekatan jetinya , kami  merakamkan  pemandangan di sini .
Tempat meletak kereta bertingkat untuk pelancong
Laluan ke jeti  untuk ke Pulau Pangkor
Jeti kastam melaksana tugas rondaan
Replika hidupan laut
Kapal datang
dan datang lagi.....
Bot menunggu
dan terus menunggu....
Yang datang akan pergi juga .... sama seperti kehidupan ini .
Seronok memerhatikan semua pergerakan di sini , umpama kehidupan kita yang sentiasa bergerak . Namun dalam segala pergerakan , perkara penting yang dibawa perlulah hati suci terhadap Illahi ......