Wednesday, April 1, 2009

PERSIAPAN AKHIR MENJELANG HARI SUKAN

Pagi tadi saya meronda kelas 7Sains untuk melihat apa yang dibuat oleh mereka pada hari ini . Saya mendapat tahu mereka sebok membuat persiapan pasukan masing-masing untuk hari sukan esok . Rupa-rupanya mereka sedang menyiapkan maskot yang bertemakan alam semulajadi . Di samping itu mereka juga merancang hiasan khemah pasukan masing-masing . Oleh itu saya tidak mengajar pada hari ini dan meminta mereka meneruskan kerja tersebut .
Pasukan Rumah Iskandar baru memulakan guntingan
Aksesori pakaian maskot Rumah Iskandar
Pasukan Rumah Hogan - sudah nampak bentuk daunnya
Pelajar saling bantu-membantu bagi menjayakan tugasan mereka
Pasukan Rumah Culan sedang mereka-reka bentuknya
Ini pasukan rumah saya - Rumah Jamil berwarna Coklat . Mereka membuat periuk kera sebagai elemen alam semulajadi yang akan menjadi maskot esok .
Pasukan Rumah Jamil ini bergotong-royong menyiapkan aksesori hiasan khemah
Kesemua maskot ini akan bergaya semasa acara pembukaan rasmi oleh VVIP esok . Selalunya ketika tiba di kawasan lintas hormat , mereka akan beraksi ketika berkawad . Aksi-aksi inilah yang dinanti-nantikan oleh pelajar dan hadirin pada setiap hari sukan . Pada hari ini , kakak-kakak dan abang-abang tingkatan enamlah yang memainkan peranan utama penghasilan maskot sebab merekalah kapten serta AJK tertinggi dibantu oleh adik-adik yang lain .

Tuesday, March 31, 2009

RAPTAI PENUH SUKAN 2009

Pasukan kompang - untuk menyambut tetamu
Mendahului raptai - ketua-ketua kontinjen melalui lintas hormat
Pasukan Rumah Sabki
Pasukan Rumah Jamil
Pasukan Rumah Iskandar
Pasukan Rumah Idris
Pasukan Rumah Hogan
Pasukan Rumah Culan
Kadet Polis
Pengawas sekolah
Pengakap
Persatuan Bulan Sabit Merah
Kadet Tentera
Kadet Remaja
tabik hormat dari Pasukan Band Sekolah
Band sekolah memeriahkan raptai kawad
Pasukan Asrama Putera
Acara Lafaz Ikrar
Pasukan Pembawa Bendera Kejohanan
Bendera Kejohanan dikibarkan
Raptai Penutup - Pasukan Kadet Polis bertugas di kawasan perhimpunan penutup .
Saya bertugas dalam sambutan tetamu . Semasa raptai berlangsung saya mencari pembantu-pembantu bagi sambutan . Mereka terdiri daripada lima orang pelajar pelajar tingkatan 6 membantu menyambut tetamu dan mengedarkan buku program pada hari sukan . Saya juga mencari dua orang pelajar lelaki untuk menyemat rozet di di baju VVIP .

GAYA-GAYA ANAK DIDIK SAYA PAGI INI

Pada hari ini diadakan raptai penuh sukan tahunan 2009 . Semua guru dan pelajar berada di padang membuat persiapan akhir menjelang hari sukan . Saya beredar-edar di sekitar khemah rumah sukan yang telah didirikan untuk memerhatikan persiapan pelajar sebelum berkawad lalu merakam wajah-wajah ini .
Sebelum raptai penuh bermula , pelajar berkumpul di depan khemah rumah-rumah sukan
Pasukan pengawas , penjaga disiplin , kelihatan sangat serious dan bersedia
Pasukan pengakap ini jual mahal betul bila saya berada di kawasan mereka . Agaknya ada ahlinya belum bersedia lagi
Pasukan PBSM kelihatan relaks sahaja bila saya melintasi mereka . Pasukan inilah yang sering berlatih untuk persediaan pertandingan kawad peringkat daerah
Pasukan Rumah Jamil . Inilah pasukan rumah saya . Saya sempat bertanya tentang uniform untuk hari sukan dan meminta mereka bersedia awal .
Ini pasukan Rumah Iskandar , bersinar kuning bak sinar matahari memberi senyuman kepada saya . Macam takut-takaut saja nak berkawad , maklum , baru tingkatan 1
Pasukan ini paling peramah bila saya melintas , Pasukan Asrama . Mereka siap buat barisan panjang bila saya tiba , tapi sorry ya anal-anak . Gambar tak berapa terang . Kawad mereka kemas selalu
Pasukan Kadet Remaja Sekolah agak berjauhan daripada yang lain . Agaknya mereka bersemadi dengan alam dan pokok , tambah lagi warna uniform mereka macam warna pokok . Pagi ini mereka bersidang di bawah pokok .
Yang ini sangat santai ketika saya lalu dan cepat tunjuk gaya . Inilah Pasukan Kadet Tentera . Walau bagaimanapun , kawad mereka juga bagus . Jangan pengsan sudahlah , nanti buat malu budak lelaki .... Pasukan rumah Sabki berdisiplin . Walaupun belum mula lagi , mereka dah berbaris awal-awal , tambah lagi kaptennya sentiasa berada depan mata . 

Pada hari ini padang tidak digenangi air lagi tetapi masih becak . Kebanyakan pelajar memakai kasut semasa berkawad , hanya segelintir tidak mahu memakainya sebab tidak mahu kasut kotor ketika melalui becak .

SAYA DAN ALAM

Selepas "punch card " di pejabat pada pukul 7.00 pagi tadi , saya memandang alam persekitaran di kawasan ini lalu langkah terhenti seketika untuk memerhatikannya . Saya tertarik menikmati kejadian Tuhan pagi ini lalu merakam pemandangannya .
Blok A sebelum terbit matahari
Sekitar surau sunyi dan hening pada pagi ini
Blok Lukisan Kejuruteraan (bawah) dan blok asrama (atas) menggamit sayu hati insan kerdil bergelar Hamba Allah
Pepohon dan alam
Saya tidak tahu kenapa agak sentimental pada pagi ini . Saya ingin bersendirian seketika di hujung blok F bersama alam untuk memuji kebesaran yang Esa . Tiada siapa di sisi saya pada saat ini sebab yang lain-lain belum tiba lagi . Hari ini umur saya bertambah sehari lagi dan saya amat bersyukur kerana masih diberi masa untuk berbakti kepadaNya lagi . Saya berdoa semoga dipelihara iman ini untuk terus mengabdi kepadaNya .

Monday, March 30, 2009

RAPTAI 1 SUKAN TAHUNAN 2009

Hari ini diadakan raptai pertama sukan tahunan pada waktu pagi . Semua guru dan pelajar dikehendaki berada di padang untuk bersama-sama menjayakan raptai ini .
Mula-mula semua pelajar dan guru berhimpun di dataran
Pelajar digerakkan ke padang kelas demi kelas untuk menjaga keselamatan ketika melintas jalan
Pelajar perempuan tingkatan 6
Pelajar menengah atas
Pasukan band sekolah paling akhir memasuki padang
Pelajar mengambil tempat masing-masing mengikut arahan guru bertugas
Pelajar memasuki pasukan masing-masing bersiap sedia
Pelajar yang tidak terlibat dengan kawad berdiri di tepi padang
Pergerakan pasukan kawad menanda berlangsungnya raptai ini
Buat pertama kalinya pelajar berkawad berkaki ayam sebab padang digenangi air . Kelihatan kasut mereka dikumpul di tengah padang . 

P&P hari ini dimulakan pada pukul 12.00 tengahari . Saya terpaksa menghadiri mesyuarat khas tergempar bersama pentadbir di Bilik Gerakan dari pukul 1.30 hingga 2.45 petang . Selepas itu menghadiri taklimat sukan pula di Bilik Mesyuarat dari jam 2.55 hingga 4.10 petang . Minggu ini saya rasa sangat sebok tetapi seronok sebab merasa jiwa ini masih lagi bermaya .