Saturday, September 24, 2011

SUASANA KONVOKESYEN

Tarikh : 17 September 2011 (Sabtu)
Tempat : Dewan Wawasan 2020 Kangar
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tgh

Baru-baru  ini saya  telah menghadiri istiadat konvokesyen anak sulung di sebuah IPTA di utara. Saya sempat merakam suasana ini buat kenangan kami.

Perarakan masuk para graduan ke dalam dewan

 Graduan mengambil tempat di  hadapan 
iaitu di belakang tempat duduk pensyarah di hadapan pentas
Fail dokumen yang diterima di atas pentas 
dari chanselor universiti
Jambangan hadiah dari keluarga. 
Lima panda melambang lima beradik
Jambangan hadiah dari temannya
Buku cenderamata konvokesyen, 
mencatat senarai  penerima ijazah
Surat jemputan kepada ibubapa

Kad masuk  dewan bagi  ibubapa / waris

Kad jemputan istiadat bagi graduan
Cenderamata kepada tetamu

Beg kertas mengisi jubah graduan

Tahniah diucapkan kepada para graduan, 
teristimewa buat anakanda.Bonda doakan 
semoga  menjadi jurutera berwibawa

Saturday, September 3, 2011

IKHLAS....... MEMBENTUK KEKUATAN DIRI

Ikhlas ialah : " melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

Tingkat-tingkat Ikhlas:
1. Melaksanakan ibadah kerana takut akan azab.
2. Melaksanakan ibadah kerana membesarkan Allah.Kerana merasai kehebatan Nya. kerana menuruti dan akur akan seruan Nya dan tiada pula terlintas di hati sesuatu maksud lain.

Perlunya seorang muslim memiliki sifat ikhlas adalah berkait dengan  ugutan iblis seperti berikut
Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.”
[al-Hijr 15:39-40]

Ciri-ciri orang yang memiliki keikhlasan antaranya.
1.  Hidupnya jarang sekali merasa kecewa.
2.  Tidak bergantung/berharap pada makhluk.
3.  Tidak pernah membezakan antara amal besar dan amal kecil.
4.  Banyak amal kebaikan yang rahsia.

Berdasarkan ciri=ciri ini, ikhlas  terbit dari jiwa yang kuat dan semangat yang teguh kerana keyakinan diri yang tinggi dalam kehidupan adalah berteraskan keimanan yang kukuh kepada Allah.

 Ref:
http://mamut1.tripod.com/ikhlas.htm 
https://www.facebook.com/note.php?note_id=10150235399213163