Wednesday, December 29, 2010

PARIT BUNTAR

Saya sering melalui pekan ini dan masih mencari suatu kelainannya daripada pekan-pekan yang lain . Ketika berhenti makan tengahari di satu gerai di tepi sungai , saya menemui kelainan itu iaitu  makanannya .....Masakan pajeri  nenas dan asam pedas ikan keli .....terasa resepi tradisionalnya . Saya harap ia tidak diubah mengikut peredaran  masa dari segi ramuan-ramuannya . Kalau hendak diubah , biarlah keadaan gerainya sahaja supaya kelihatan canggih , tidak pada resepi aslinya .

Saya sempat merakam pandangan  laluan  pekan ini sebagai kenangan .
Lobi  Parit Buntar Inn
Berihat seketika di sini
Salah satu  pemandangan di Parit Buntar Inn
Parit Buntar Inn menggamit pelancongnya
Bangunan kerajaan di depannya
Salah satu bulatan di Parit Buntar
Deretan kedai lamanya
Tepian sungainya
Pejabat HEP sebuah IPTA di Parit Buntar
Suasana kampusnya yang menghijau
....menyejukkan mata memandang
Bangunan asrama siswa/siswinya

Wednesday, December 22, 2010

Perlis Indera Kayangan

Kesempatan mengunjunginya telah saya gunakan untuk merakam laluan-laluan ini sebagai kenangan .
Mendung .... menyambut ketibaan kami
Cangloon-Kuala Perlis - melalui sawah padi yang menghijau
Persimpangan Kuala Perlis-Kangar
Menginap di Sri Garden ....terletak Bandar Kangar
Suasana di lobinya
 Deluxe superior untuk 4 orang ....selesa
Walaupun hotel bajet tapi perkhidmatannya memuaskan
Pejabat MARA di sebelahnya
Suasana di persekitaran Sri Garden
Salah satu bulatan di Bandar Kangar
Bangunan di sekeliling bulatan besarnya
Pemandangan berhampiran persimpangan ke Padang Besar
Hari berikutnya di Sea View Kuala Perlis
Hotel bajet juga - Suasana Bilik Standardnya
Air Terjun di halamannya
Dewan makan Sea View : kami sekeluarga bersarapan di sini
Padang Dato' Sheikh Ahmad Kangar
Dijalankan  latihan woodball di sini
Puluhan bas IPTA - berlansungnya Pesta Kebudayaan IPTA pada hari itu
Taman berhampiran padang
Suasana di tamannya
 Suasana sungai berhanpiran padang

Wednesday, December 15, 2010

LUMUT

Sudah lama saya tidak ke mari . Entah kenapa tiba-tiba tergerak hati untuk ke sini apabila anak-anak mengajak bersiar-siar .Banyak perubahan yang berlaku . Sambil  menikmati  hembusan bayu laut di petang yang damai berdekatan jetinya , kami  merakamkan  pemandangan di sini .
Tempat meletak kereta bertingkat untuk pelancong
Laluan ke jeti  untuk ke Pulau Pangkor
Jeti kastam melaksana tugas rondaan
Replika hidupan laut
Kapal datang
dan datang lagi.....
Bot menunggu
dan terus menunggu....
Yang datang akan pergi juga .... sama seperti kehidupan ini .
Seronok memerhatikan semua pergerakan di sini , umpama kehidupan kita yang sentiasa bergerak . Namun dalam segala pergerakan , perkara penting yang dibawa perlulah hati suci terhadap Illahi ......

Sunday, December 5, 2010

Melawat MAHA 2010

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia ( Malaysia Agriculture , Horticulture & Agrotourism Exhibition , MAHA) telah berlangsung selama 10 hari bermula dari 26 November sehingga 5 Disember 2010 . Pameran dwi tahunan ini bertemakan  `Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan’ . Sasaran jumlah pengunjung 1.5 juta orang telahpun  dapat  dicapai  pada 3 Disember 2010 .  

Berikut ialah pemandangan yang telah saya rakamkan semasa mengunjunginya pada 3 Disember lalu .

Tempat meletak kereta agak jauh dari tapak pameran

Kawasan pameran agak luas , di dalam dan di luar bangunan

Gerai bunga oked

....cantik
....menarik

.....tertarik
....tetapi saya hanya membeli setengah dozen anak pokok oked.
Saya sukakan cabarannya .....
Pertendingan ratu buah .....buah betik
buah nangka
buah limau barli
Pemenang-pemenang  kueh bahulu .... kueh kegemaran saya