Tadi saya sekeluarga keluar untuk makan malam . Kami memilih kedai makan di kawasan Bukit Chandan . Selalunya saya keluar makan malam bila anak-anak berkumpul . Pada malam ini anak sulung saya tidak bersama . Dia sedang membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun duanya di universiti yang akan bermula pada hari Isnin ini .
Sedang makan , kami terdengar bunyi dentuman pelancaran bunga api dari tepian Sungai Perak . Barulah saya sedar selalunya pada malam sebelum Hari Keputeraan Sultan Perak diadakan pertunjukan bunga api serta panjut . Esok adalah hari Keputeraan Sultan Perak . Pengurniaan darjah kebesaran akan berlangsung di Istana Iskandariah , Bukit Chandan . Kami akan bercuti pada hari Isnin .
Selesai makan , kamipun pulang . Kami tersangkut di sekitar Rumah Rihat sebab orang ramai masih berkumpul menyaksikan pertunjukan panjut . Kami terpaksa menghentikan kenderaan di situ dan menunggu sehingga lalu lintas reda . Saya sempat merakam pemandangan di situ .
Bandar Diraja bermandi cahaya pada malam ini
Bila lalu lintas reda , kamipun pulang ke rumah . Saya abadikan pemandangan sekitar Sungai Perak ini untuk tatapan pembaca . Walau bagaimanapun , saya minta maaf sebab kualiti gambar ini rendah , maklumlah , saya bukan pro , bukan amatur , tapi ... tak taulah apa nak kata , syok sendiri agaknya . Saya tidak kisah apa orang lain hendak kata . Saya cuma hendak menyatakan bahawa saya suka melakukannya .
No comments:
Post a Comment