Saya sempat menyaksikan siaran langsung sambutan tersebut menerusi RTM 1 dan abadikannya di sini. Walaupun sambutan peringkat kebangsaan sudahpun seminggu berlalu tetapi ia masih diadakan di peringkat komuniti yang lebih kecil seperti masjid, surau, sekolah dan pejabat dalam bentuk ceramah dan bacaan sejarahnya.
Saya dapati terdapat sedikit perubahan dalam sambutan di peringkat kebangsaan di mana laungan salawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW berkumandang dari seluruh sudut komunikasi : udara, darat dan air. Menitis airmata ini melihatkan umat Islam bersatu-padu menjayakan sambutan dan berselawat ke atasnya dalam perarakan yang berwarna-warni dan berseri-seri . Saya sekeluarga menontonnya di rumah turut serta berselawat dan rasa bersyukur dengan kesatuan yang begini.
Laungan selawat yang berkumandang dari semua sudut bumi Malaysia ini melambangkan walau di mana kita berada, walau apa sahaja aktiviti dunia yang dilakukan, baginda tetap menjadi ingatan untuk ditauladani oleh kita semua. Selagi ajaran al Qur'an dan sunnahnya dipatuhi, kita akan dapat menjadi umatnya yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Untuk bersatu, kita perlulah mencari persamaan antara satu sama lain. Untuk berjaya juga kita perlu mencari persamaan kewajipan hidup, baik di dunia mahupun di akhirat kerana kita dijadikan dengan taraf yang serupa di sisiNya, hanya keimanan dan ketaqwaanlah yang membezakan kedudukan kita di sisiNya.
Kalaulah hanya perbezaan yang dicari dan diteliti sesama kita, kita sebenarnya hanya cuba mewujudkan perpecahan .................................

No comments:
Post a Comment