Thursday, June 10, 2010

KEADILAN

Ia adalah keperluan semua pihak dalam kehidupan  . Kegagalan melaksanakannya boleh menjadikan persekitaran huru-hara  dan berpuak-puak . Kumpulan si baju merah dan si baju kuning di sana adalah contoh puak-puak tersebut , akibat dijadikan seperti  kedudukan antara dua darjat .

Secara umum ia menuntut sama  taraf atau sama hak untuk  semua orang . Namun begitu ia boleh jadi terlalu objektif dalam satu hal , manakala dalam hal yang lain ia boleh jadi terlalu subjektif . Walau apa-apa pun , "pengadil" perlu bijak menangani situasi supaya huru-hara boleh dibendung .

Sesama anak boleh bermasam muka apabila ibubapa gagal melaksanakannya . Isteri tua  memendam rasa atau isteri muda berkonfrantasi dengan isteri tua kerana kegagalannya (padan mukanya) . Itulah masalahnya  dalam  konteks keluarga .

Apabila "pengadil" memberi layanan istimewa kepada pasukan tertentu , manakala layanan sebaliknya kepada pasukan lain, "permainan" boleh mengecewakan ,  hambar , huru-hara dan kocar-kacir sedangkan  bersikap  professional adalah wajib .Tidak hairanlah jika mereka tidak diendahkan lagi .

Semua orang perlu bersikap rasional serta tidak emosional atas segala ketidakadilan yang berlaku di depan mata selagi ia tidak mencederakan fizikal masing-masing .Mental harus kuat dan redha menerimanya di samping menanganinya dengan bijak .  

Manusia biasa tidak sunyi dari membuat kesilapan . "Pengadil" yang baik adalah mereka yang sentiasa ingat akan tanggungjawabnya kepada  Tuhan dari keadilan yang dipikul untuk dilaksanakan .

No comments: