Monday, December 7, 2009

LANGKAWI 2009 (10)

CATATAN (10) PERCUTIAN DI LANGKAWI 2009
RONDA-RONDA DI TELAGA  
Pada 6 Disember kami ke Telaga untuk menyedut udara segar sambil melihat pemandangan kapal layar yang sedang berlabuh .
 Bilangan kapal layar yang berlabuh agak banyak pada pagi itu
 
 Pemandangannya menarik , berlatar-belakangkan bukit-bukau
 
Suasana pagi itu begitu damai kerana persekitarannya yang sunyi 
 
Bangunan Jabatan Kastam Telaga
 
 Di belah sana tersergam bangunan berupa hotel
 
 Di belah sini merupakan bangunan tempat penginapan para pelayar
 
Yang berwarna putih di air itu  adalah obor-obor yang ekornya agak panjang

 Berwarna putih - salah sebuah kapal layar yang agak besar saiznya
......nampak berbalam Gunung Mat Cincang yang menggamit pengunjung untuk menaiki kereta kabel ......

LANGKAWI 2009 (9)

CATATAN (9) PERCUTIAN DI LANGKAWI 2009
AKSI PASUKAN  TENTERA UDARA SINGAPURA SELEPAS MENDARAT
Saya sempat menyaksikan pertunjukan udara  Tentera Udara Singapura . Mereka menggandingkan kapalterbang pejuang dengan helikopternya . Sebaik mendarat , helikopternya  bergerak dan bertapak berhampiran  kami di pagar sini . Dapatlah saya menyaksikan tugasan mereka secara dekat .

 Helikopter yang mendarat ini bergerak ke arah kami . Habuk berterbangan semasa kipasnya masih berpusing .
 
 Petugasnya di  lapangan bersiap  sedia untuk membantu
 
 Sebaik berhenti , dua orang  juruterbangnya keluar dari tempat duduknya . Petugas membantu memasukkan topi dan barangan  juruterbang ke dalam sebuah beg .
Setelah selesai kedua-dua juruterbang datang ke arah pengunjung awam di tepi pagar
 Pengunjung bertepuk tangan tanda ucapan tahniah dan terima kasih atas persembahan di udara tadi .
 
 Mereka bersalaman dengan pengunjung LIMA di tepi pagar sini
 
Cenderamata berupa pelekat pasukan mereka di hadiahkan kepada pengunjung .

LANGKAWI 2009 (8)

CATATAN (8) PERCUTIAN DI LANGKAWI 2009
DETIK-DETIK AWAL PESAWAT BERLEPAS
Dalam pertunjukan udara  LIMA , pesawat bergilir-gilir mengambil bahagian . Arus pergerakan adalah datang dan pergi atau turun dan naik . Oleh kerana kawasannya  luas dan terlindung dari pandangan saya tidak dapat melihat detik-detik awal semua pesawat sebelum berlepas . Namun dari kejauhan dan dengan menggunakan kamera dari handset kecil saya yang murah ini saya cuba merakam detik tersebut . Anak saya cuba memvideokan pertunjukan itu .

 Pesawat bergerak keluar dari barisan
 
 Di kiri , pesawat memanaskan enjin untuk berlepas dan di kanan pula pesawat yang telah mendarat bergerak menuju masuk ke barisannya . Petugas membantu di position masing-masing .
 
 Di kiri , pesawat menggerakkan bahagian di  sayapnya  untuk bergerak dan berlepas , manakala di kanan pula pesawat yang telah mendarat membelok ke barisannya
 
 Pesawat  ini bersedia untuk bergerak . Petugas-petugas membantu pelepasannya
 
 Pesawat  bergerak  ke depan
 
  Pesawat telah bergerak  semakin jauh ke depan
 
Semakin hilang dari pandangan . Di kejauhan sana ia akan membelok semula untuk naik ke atas melakukan aksi di udara

LANGKAWI 2009 (7)

CATATAN (7) PERCUTIAN DI LANGKAWI 2009
PENGUNJUNG LIMA  
Semasa menyaksikan LIMA 2009 , arus pengunjung bagaikan lautan manusia , begitu ramai dalam satu waktu yang singkat . Namun  saya hanya menemui adik ipar sekeluarga dari Kuala Lumpur dan anak saya menemui sekumpulan seniournya dari USM . Berikut adalah pengunjung-pengunjung awam tersebut .

 Pengunjung awam telah tiba di loksi seawal jam 8.00 pagi
 
 Rata-rata ibubapa yang datang membawa anak masing-masing dari pelbagai peringkat usia
 
 Pengunjung ini datang berkumpulan dari Singapura (berdasarkan trademark yang dipakai)
 
Mereka ini juga menyaksikan LIMA dalam kumpulan tapi saya tidak tahu position mereka (mungkin juruterbang pelatih )

LANGKAWI 2009 (6)

CATATAN (6) PERCUTIAN DI LANGKAWI 2009
DI LOKASI LIMA  
Menyaksikan LIMA 2009 ini adalah pertama kali bagi saya . Berada di dalam kawasan Lapangan Terbang Padang Matsirat ini juga adalah kali pertama  .   Sebelum ini saya hanya melintasi bahagian luarnya  semasa  meronda pulau itu ketika bercuti . Saya juga merakam suasana lokasi LIMA ini .

 Di dalam bangunan ini diadakan pameran  kapal laut dan aerospace dari syarikat perbagai negara(individu-individu di dalam gambar bukanlah  saya atau ahli keluarga . Mereka adalah pengunjung awam )
 
 Bendera negara-negara yang mengambil bahagian dalam LIMA 2009
 
 Penunjuk arah dan maklumat pameran
 
 Yang ini saya rakam di luar bangunan - maklumat tentang kapal laut
 
 Tempat rihat peserta pameran di luar dewan
 
 Persekitaran di lokasi  LIMA

LANGKAWI 2009 (5)

CATATAN (5)  PERCUTIAN DI LANGKAWI 2009
PAMERAN PESAWAT  KECIL  TANPA JURUTERBANG DI  LIMA 
Saya sempat merakam empat buah pesawat kecil statik tanpa juruterbang yang dipamerkan . Sekali faham ia seperti kapalterbang mainan yang dikawal dari jauh . Namun  dalam pasukan keselamatan ia sangat  penting sejajar dengan perkembangan keselamatan di negara maju .

Ketinggian setiap satu lebih kurang 1.2m
 Yang ini pula rangka belakangnya panjang tetapi  kecil
 
Model ini berangka lebih besar tetapi pendek
 
 Yang ini juga panjang dan kecil
 
 Kipas di bahagian belakang
Pesawat ini boleh diprogramkan untuk pelbagai fungsi . Yang selalu diperkatakan ialah untuk risikan tetapi lebih banyak  lagi fungsi yang boleh diwujudkan  khususnya untuk menjadi sebuah negara maju .

LANGKAWI 2009 (4)

CATATAN (4) PERCUTIAN DI LANGKAWI 2009
WAJAH-WAJAH PETUGAS LIMA 
Sambil menyaksikan LIMA , saya juga merakam beberapa wajah petugasnya . Dengan beruniform lengkap , mereka melaksanakan kewajipan dengan penuh berdedikasi .

 Anggota polis ini menjaga keselamatan di tepi pagar pada awal pagi
 
 Anggota TUDM ini memasuki kawasan pameran untuk memulakan tugas
 
 Mereka juga bersiap sedia menjaga keselamatan
 
 Petugas ini menjaga pagar utama ke kawasan pameran pesawat
 
Anggota TUDM ini bertugas di pameran statik pesawat mereka

LANGKAWI 2009 (3)

CATATAN (3) PERCUTIAN DI LANGKAWI 2009
PAMERAN UDARA LIMA   
Sebaik pintu masuk ke lapangan terbang dibuka kepada orang awam , pameran udara dimulakan . Satu demi satu pesawat beraksi di udara . Bunyi yang agak kuat memang memekakkan telinga . Saya sempat menyaksi aksi TUDM , Air force dari Australia dan Singapura .

 Pesawat TUDM ini baru sahaja  mendarat selepas beraksi di udara
 
 Yang ini pula bersiap sedia menunggu giliran untuk ke udara
 
 Petugas-petugas bekerja dalam suasana sepasukan yang mantap
 
 Petugas-petugas ini baharu sahaja melepaskan sebuah pesawat ke udara
 
 Sebuah pesawat  mula memanaskan enjinnya (kanan)
 
 Mereka sedang menunggu sebuah lagi  pesawat pasukannya mendarat
 
 Pesawat maritime ini adalah yang paling besar . Semasa  beraksi  ia menyembur air dari udara
  
 Pesawat Air Force Australia bersiap untuk ke udara . Semasa di udara ia mengeluarkan api dari bahagian belakangnya .Pesawat inilah yang paling banyak mengeluarkan asap semasa berlepas
 
Pameran udara sedang berlangsung
Semasa berlangsungnya aksi udara ini , Menteri Pertahanan , Datuk Zahid Hamidi turun padang bersama kami di lokasi diiringi oleh pegawai tertinggi dari pasukan angkatan tentera . Kami sekeluarga sempat bersalaman dengannya .